[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: ANTI VIRUS - Mesyuarat peperangan antara makhluk tuhan

Rabu, 28 Oktober 2009

ANTI VIRUS - Mesyuarat peperangan antara makhluk tuhan




Siapa kata virus komputer merbahaya?.. Siapa diantara kita takut pada serangan virus komputer? Anda ada jawapan atau anda tiada jawapan? Takpe..kita ikuti minit MESYUARAT peperangan siber yang berlaku dibawah ini dan salinannya telah dihantar pada kami , semoga akan temui jawapan yang anda mahukan..




Kepada
Inspirasi Team
http://inspirasitekniklawak.blogspot.com                                                         30/10/2009




Tuan,


Per: Isi kandungan Mesyuarat Peperangan fail 03/4 kurungan 3


Perkara di atas telah dirujuk oleh pakar rujuk di pejabat kadi bahagian Kes rujuk dan cerai, Kemamang.


2.Bersama ini ditaipkan minit, saat dan jam yang berlaku untuk makluman pihak tuan sekeluarga.


3. Lampiran tiga kurungan dua untuk perhatian


-Peperangan ini berlaku pada waktu putaran cahaya 009:121:  bertarikh 09:que:01 bertempat di mentari datang lagi nyanyian Slam.
-Pendukung watak terdiri dari Wan Junaidi dari Steammixfm dan Syed Hasni dari Berukband manakala  Ahmad Digi sebagai pendukung beg..
-Watak tambahan terdiri dari Pengerusi Majlis dengan kerusinya.


Mesyuarat peperangan dimulakan dengan pembentangan hidangan makanan oleh makcik kantin.
- Bacaan doa makan dimulakan oleh pengerusi majlis.
- Sambil berdiri atas kerusi , Pengerusi majlis memulakan minit mesyuarat Adakah virus komputer merbahaya kepada manusia?
Sebelum sempat Pengerusi melakukan terjunan kuak rama-rama dari kerusinya, Wan Junaidi Steammixfm tiba-tiba bersuara
" Tuan pengerusi,
Terima kasih kerana sudi belanja kami roti pisang dengan power root-anda mahu jadi jutawan? di kedai tadi.. Berbalik pada minit mesyuarat yang dibentangkan ini, saya amat bersetuju untuk menyokong usul bahawa virus komputer memang membahayakang keselamatang manusia, kerana ..jike menurut perangkaang yang telah dikeluarkang oleh perisik Amreka, berlaku kecelaruang dan ketidakstabilang ekonomi akibat serangan virus kerana semua urusan tergendala dan tidak dapat disampaikang tepat pada masa dan ketikanya.
Keempat, jika kita tidak takut kepada virus, akibatnya  apa akan berlaku kepada semua pereka-pereka fesyen anti virus, dimana hendak mereka jual perisiang tersebut? Mahukah kita dituduh zalim kerana membiarkan hidup mereka merempat ? tiada pekerjaang?
Lagipun tuang pengerusi, dijaman sekarang, semua memerlukan komputer, bagaimana kita nak berurusang jika komputer diserang oleh Virus ?.. Sekiang ucapang panjang lebar saya tuan pengerusi..Eh!! sebentar tuang pengerusi..ada lagi satu usul yang terlupa saya nak semak.. ini berkenaang dengang penyiadaang makanang ni..karipap ni masing dok leh makang..harap ambik perhatiang pade hok berkenaang..terima kasih..
Sambil membetulkan baju kod badminton yang disewa dari anaknya, Syed Hasni Berukband mengeluarkan suara manjenye
" Tuang Pengerusi..
Saya siket pong dok setuju dengang pendapatang dan pandangang Wang Junaidi Bing Wang Ismail hok berani mengatakang bahawe kite kene takuk pade Virus komputerr..sebaknye ambe wat gini..
Pertamanye.. kite engok pada kesang serangang viruh..ade hok mati tubik daroh kena serang dek viruh. komputer?Tak dok pong!!..maknenye bakpe kita takuk pade viruh, dia dok nyerang ite gune senjate.. dok lagi kes jumpe parang, pisau,pisto tubek dari komputer.. cocoh dade mu..ade mu jumpe? Jadi dok bahaye sebenarnye..Bak kate Tok Deramang ite..dok tupoh setitis darah pong akibat serangang viruh ni..
Keduwenye, bile berlaku serangang Virus keje dokleh buak konong? Ini satu penipuang terancang oleh manusia yang diserang penyakit kemalasang, kalu komputer mu usak, bakpe dok gune komputer laing,komputer laing ade dimane-mane,macang di cyber cafe, pinjang hok ambe pong ambe muleh buyi,.Mu bagi pulok alasang, data dok sipang dalang komputer, payoh nak wat kije..Tu sebab mu bodo!! Bakpe dok sipang data dalang Pendrive,external Hard disk dang macang-macang lagi..
Hok last, kalu komputer mu kena serang, ape kene mengene mu dengang serangang virus, mu buleh sakit ko bile komputer mu kena serang,.Hok sakit komputer mu..bukang mu, jadi mu boleh wat kije..jadi kesimpulangnye dak de sebab kite takut pada anti virus?
Sebelum ambe duduk, berkenaang usul tambahang oleh Wang Junaidi takdi, ambe setuju, karipap hari nih memang masing..dok leh make ite!! Makasih..


- Pengerusi majlis bersetuju untuk menangguhkan mesyuarat dengan meluluskan usul menolak permintaan Ahmad Digi untuk memotong talian Diginya..




4. Kerjasama dan bacaan dari pihak tuan diucapkan ribuan Terima kasih dan serangkap pantun dari  saya kalau ada sumur diladang, gunalah racun Roundap..


Majulah sukan untuk negara




Yang menjalankan tugas


 ...................................
(Tidak perlu tanda tangan  kerana bertaip blog dan dalam bentuk artikel)


P/s
Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas








0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner