[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: TEPUK DADA tepuk kaki

Sabtu, 3 Oktober 2009

TEPUK DADA tepuk kaki

Memang telah terbukti bahawa rakyat Malaysia ini "Prihatin", kalau tak percaya cuba lakukan perkara-perkara berikut..

A.
Lokasi : Boleh dibuat di perhentian Tol Plus atau dimana-mana kawasan lapang yang ramai orang.

Pelakon : Anggaran 4 hingga 5 orang.

Bahan cerita : Semua pelakon-pelakon tadi berpura-pura ada sesuatu dilangit, tunjuk dengan penuh perasaan sambil berbual sesama sendiri seolah-olah nampak sesuatu..

Kesannya : Anda akan lihat orang yang lalu atau berkenderaan akan lihat keatas sama dan paling lawak sekali mereka pun akan tercari-cari ape benda? silap gaya anda akan disapa..  Apa yang korang tengok?..

B.

Lokasi : Dalam Pasaraya besar yang mempunyai ramai orang..

Pelakon : 10 hingga 20 orang..

Bahan cerita : Pakat reramai lari-lari anak sambil menoleh kebelakang..Nak suspent lagi jerit lari!!lari!! Jangan terkejut jika anda akan lihat jumlah ahli dalam larian kumpulan anda mungkin bertambah..dan bertambah..

C.
Percaya tak anda jika dikatakan ketawa boleh berjangkit walaupun kengkadang orang yang ketawa itu tak tahu apa sebab?..cuba buat begini..

Lakon layar : Bentukkan satu bulatan berkumpulan dan pakat gelak dengan penuh perasaan dan emosi..pasti ada orang sambil senyum-senyum menghampiri anda..sedangkan dia sendiripun tak tahu lagi apa yang kumpulan anda ketawakan..

D.

Lokasi : Boleh dilakukan ditepi jalan raya dan sebagainya..

Dapatkan beg duit atau wallet ,isi dengan padat kertas ker ape ker, nak lagi Real, gunakan kertas yang menyerupai wang kertas RM50, biarkan terkeluar sedikit,kalau rajin tulislah ape-ape....Campak ditengah jalan..
Duduk atau menyorok sambil perhatikan gelagat orang yang lalu lalang, Perhatikan aksi nya adakah begini ?

- Toleh kiri dan kanan dan ambil dengan selamba
- Tengok tapi tak ambil..
- Lalu dua tiga kali lepas tu Zupp!! Ambil dan lari..
- Pura-pura barang terjatuh dan ambil..

Betulkan "PRIHATIN" rakyat Malaysia..

Ok..kita lupakan hal tadi kita beralih pula kepada sebuah kumpulan muzik teknologi komputer yang baru melahirkan album lelaki mereka.. Kita bersama dengan salah seorang pemain simpanan beliau yang bermain dibahagian Gitar irama yang kabarnya gemar bermain gitar tepi dijaring badminton..katanya..
"Album ini mengekalkan konsep tigabelas dalam satu dimana kami menggabungkan bunyi-bunyian dari pergerakan Hard Disk rosak, orang menaip keyboard, Ram rosak serta Windows Start Sound. Kami gabungkan semua elemen tadi dengan simpton-simpton H1N1 terutamanya dari pergerakan siput babi untuk menghasilkan satu bentuk muzik alaf baru. Ini konsep album kami dimana konsep ini tidak sama dengan konsert yang akan kami adakan..Setakat ini kami pasarkan album ini dimana-mana pasar yang kami pergi. Diharap peminat dapat menerima kehadiran kami.. Terima kasih..".
Dapatkan Album kumpulan ini,,
Kulit album masih dalam pergaduhan sesama mereka, tapi mereka sempat membekalkan kami dengan kulit pisang sebagai ganti..

Antara lagu dijangka hit

1. Kenapa ko tak datang kenduri kawin adik aku?
2. Jiwa Kacau
3. Aku dan Agp Display kad.
4. Lowyat memang murah.
5. Komputer tangkap Rot
6. Ditampar Kekasih depan makweku.
7. Dangdut goyangan pendrive pat gig.




 Dari Album kita beralih pula kepada kisah Mak Andih yang cuba menyelesaikan masalah pengisian borang yang dibawa balik oleh anak bungsunya setelah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Amreka Sekat..

Dengan merujuk pada borang Mak andeh menjelaskan kepada anak bungsunya..

First Name : Ko isi name abang ko dulu sebab dia no satu, bodoh gak inggeris ni eja nama pun salah.

Last Name : Kat sini baru nama ko sebab ko anak mak yang last.

BirthDate : Ni kena tanya abah kamu..dia ade bela burung, mana mak tahu..

Ic Number :  Ini ko kosongkan ajer..kita mana ada Ic, ko kan guna Mykad.

Accound no : Ni ko kena tanya jiran kita, umah dia ada pasang ekon,tanya berapa nombor dia..

Sex      : Yang ni pun ko tak yah isi, celaka Amreka ni, orang nak belajar bukan nak sex..dulu masa abang ko
              mak suruh tulis not interested jer..

Citizen  : Ni dia tanya jenis jam ni,..taip ajer jam minyak sebab ko pakai jam minyak hadiah dari masa beli
              bateri ari tu..

Address    : Kena tepon kak Admira ko ni, kat mana laki dia selalu race..

email Address : Ko tanya abang ko mail kat mana dia selalu race moto..mak tak tau..

Occupation     : bunyi macam pesen ni..ko taip ajer kebaya nonya dengan kurung satin sudah !!

Zip code         : Pe hal tanya zip ni?.. Sebab ada kot, tulis zip seluar jin abang mail ok tade pepe..

Fax No          :  Setahu emak, kat sabun Fab mana ada nombor, kat bungkus kot..

Area              : tulis  area tv dengan area radio jer..tak kan ini pun ko tak tahu..

City               : Mak mana ada anak nama Siti, kosongkan atau tulis tiada.

Postcode      : Esok pepagi mak gi pejabat pos tanya..ingatkan mak takut lupa..

Jumpa lagik..






0 comments:

Catat Ulasan

IKLAN ..kena wat ape?he.he..

Related Posts with Thumbnails

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

Terdapat ralat dalam alat ini

INSPIRASI TEAM

IKLAN..Buat macam biasa ye

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Terdapat ralat dalam alat ini