[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: TEKA TEKI tak sempat fikir..

Rabu, 7 Oktober 2009

TEKA TEKI tak sempat fikir..

KALAU anda teror,hebat, ganas dan yang sewaktu dengannya, sila jawab teka teki kami ini..


1. Tahun berapakah motor ini dikeluarkan?
2. Berapa kelajuan yang dapat dicapai?.
3. Warna untuk cat dibeli dimana?
4. Rantai basikal sapaaaaaa digunakan ?
5. Kenapa moto ni tak sesuai untuk lelaki?







JAWAPAN..
1. TAHUN 1969, tapi setelah diubahsuai siap pat minggu sebelumnya.
2. Kelajuan bergantung kepada kekuatan kayuhan dibantu kuasa angin serta caj dari sumber TNB.
3. Cat dibuat sendiri menggunakan adunan lada kering dan lada basah,dicampur sedikit bawang besar yang dihiris halus agar mutu cat dapat bertahan lama.
4. Rantai basikal anak tuan motor ini ler, bukan rantai jer..spok ket pun dikebas..nasib baik spokrim tak muat
5. Tak sesuailer sebab kalau tengah panas nanti..he..he..tengok tong penyimpan haba tu..eee..tak sanggup!!



1. Teka berapa harga dalam RM?
2. Apa jenis Plug dan meter yang digunakan?
3. Siapakah nama pencuri Kusyen moto ini?
4. Apa beza kelajuan angin dengan angin tayar moto
    moto ini ?






JAWAPAN.
1. Tak jual sebab tak sempat siap dah gawat..kalau nak beli jual kilo boleh dirunding kot!!
2. Plug NGK pun boleh pakai tapi payah skit nak hidup sebab meter masih MPH (Mampus payah hidup)..rasanya tak sempat nak tukar meter K/mj(Kadang-kadang mati juga) dah bengkerap.
3. Para pekerja di kilang pembuat moto ni sebab tak dapat gaji..
4. Bezanya pada tahap hentapan angin pada suhu badan dan suhu pam angin di Petronas.




1. Apa tak kena dengan moto ini?
2. Jenis cat apakah yang digunakan pada ekjosnya?
3. Dimana raga moto ini sekarang?
4. Berapa nat skru diperlukan untuk sebijik moto ini?
5. Siapa yang takut pada moto ni?






JAWAPAN.
1. Minyak abis !!.
2. Cat 2k metalik krom tanah..
3. Ade..simpan kat umah buat tempat ayam bertelur.
4. Tak guna nat sebab moto ni menggunakan teknologi PAKU..
5. Mestilah pontianak sebab banyak paku padanya..



1. Mana satu bahagian depan dan belakang kete ni?
2. Tayar spare dimana?
3. Apakah asal kereta ini?







1. Dibahagian bawah berhampiran dengan kedua-dua tayar tidak termasuk tayar spare.
2. Dalam raga motor yang akan bersama kete ni kemana jua dia pergi, maaf gambar moto dengan tayar tak ada dilampirkan kerana sewaktu gambar ni diambil, tayar moto itu pancit tak sempat bergambar sekali..
3. Jangan terkejut!! asal kereta ini dari campuran peti ais dan peti sejuk serta washer machine dengan mesin basuh, manakala bahagian luaran digunakan kuali cap semut merah.



1. Nak kemana mamat ni ?
2. Pada kelajuan berapa mamat ni ambil lap ?
3. Nyatakan satu kesalahan yang dibuat oleh nya?













JAWAPAN.
1. Nak cepat sebab terasa nak "Terkucil nak terkeluar..tapi aku tahan jebat!!!"..
2. Pada rmp 140kmj persaat setelah ditolak bantuan angin.
3. Ambil lap tak kasik signal..bahaya ni..jangan contohi..



Benda apa kah ini ?..Bentuknya bulat tapi bukan stering..Terlekat molek pada Dashboard..ape yer..










JAWAPAN..
1.Alat senaman tangan..sesuai untuk digunakan jika membawa isteri membeli belah..sambil bosan menunggu boleh buat senaman tangan.. Setakat hari ini JPJ tak boleh saman sebab tiada dalam peruntukan undeng2..




1. Apa anda nak buat jika dapat kete ni percuma?













JAWAPAN.
1. Bagi isteri bawa pergi shopping..senang nak angkut apa saja.
2. Hantar anak dan anak jiran gi sekolah..jimat ni pakai minyak masak cap SAJI pun boleh jalan...
3. Berkebun untuk aktiviti membajak,mesawah dan meladang..
4. Bagi hadiah perkahwinan untuk kengkawan..tak lah boring asyik gelas, pinggan,gelang pinggan..ye tak!!



Apa yang menarik pada moto ini?..









JAWAPAN.
1. Kusyen leper tentulah menjimatkan minyak  kerana tak leh laju kalau jalan berlekuk seribu..he..he..
2. Maggat boleh jadi Helmet ataupun serkup ikan puyu disawah..
3. Ekonomi dan save budjet,sebab tak de sape leh tumpang..
4. Motor masih dalam keadaan berkilat serta cat tidak pudar.




Kenapa tak siap?










JAWAPAN
1. Kat depan tu ada perkampungan bunian laut..rundingan masih dan sedang dijalankan antara Mentibang laut dengan ketua bunian laut untuk proses perpindahan beserta wang pampasan.
2. Jika rundingan gagal.pihak pemacu bercadang untuk menjadikan jambatan ini untuk upacara "Mari berkenderaan sambil terjun ke laut beramai-ramai disusuli dengan acara bawa bawa bola dengan sudu" sebulan sekali.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner