[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: CRITERA JIWA KACAU v3

Isnin, 9 November 2009

CRITERA JIWA KACAU v3


EDISI KELAM KELIBUT..

" Alamak..udah lewat ni..kes nak cari kucing la ni semalam aku bangun lewat!! Suami merungut sambil menghantukkan kepalanya kedinding supaya segar dari mengantuk..
"Eh!! Awal bangun bang.." Isteri tengah menyibuk didapur menegur suami yang kelihatan kelamklibut tidak tentu hala tuju..
" Awal hapa!! Saya dah lewat ni..dahlah ini hari pertama saya nak daftar masuk kerja..isk,,Suami terus merungut sambil masuk kedalam bilik air, tetapi tetiba keluar semula kerana dia dah lupa yang hanya perlu pakai tuala jer sebab nak mandi, bukan pakai seluar tidur dengan baju tidur nak mandi..
"Awak masak apa sarapan pagi ni " Suami bertanya sambil menggosok gigi palsu, mandi dan sabun sekaligus kerana nak cepat..
" Ikan pari masak kicap dengan udang bakar dengan Tom Yam secukup rasa ".. Isteri berkata..
" Hah!! Awak buat sarapan pagi ke sarapan tengahari tu.." Sambil mengesat badan dengan tuala suami bertanya..
" Ape pulak..ikan pari ni untuk sarapan, tengahari karang udang bakar, malam pulak kita makan Tom Yam.." Jawab si isteri ..
" Abis nasiknya nak makan bila? "..
" Nasik makan esok atau lusa.." Isteri cuba buat lawak pepagi..

" Aik..tak sarap dulu ke bang? Isteri bertanya sambil mengekori suami ke muka pintu bukan ke muka pengadilan..
" Tak pelah saya makan.. Sampah Sarap jer nanti.." Suami pula buat lawak sambil mendapatkan motor DEMAK keluaran 2009 ..tak sampai seminit suami muncul semula dimuka pintu..
" Tolong ambik kunci..he..he.." Isteri terus mengicapkan muka sambil menghulur kunci..



- Motor Demak sebijik Honda..









" Kudin..bangun!! bangun!! nak sekolah" Isteri cuba mengejutkan anaknya..
" Ala..mak..tunggu lah kejab..kudin nak abiskan mimpi kudin ni..sikit jer lagi nak abis.." Kudin menjawab sambil mata terpejam...
" Sudah..sudah..malam karang boleh sambung..bangun cepat..karang lewat !! Isteri terus bangunkan Kudin secara paksa..

Setelah urusan menghantar anaknya Si Kudin selesai, isteripun berhajat untuk singgah dirumah Temah untuk bertanyakan tentang urusan untuk perpindahan sekolah anak sulungnya..maklumlah Temah orang lama dikampung tersebut merangkap pengerusi GPW dan motoGP..belum sampai dirumah Temah, telefon bimbit pula bergegar-gegar...

" Hello..awak tolong antar beg saya kat pejabat..saya dah silap bawak beg sekolah kudin ni.." Suara suami mengundang masalah..
" La..kan saya dah pesan dulu..jangan beli beg yang sama..ni lah nak jimat sangat..beli satu percuma satu..inilah jadinya.." Isteri membebel kerana terpaksa membatalkan hasratnya untuk bertemu Temah, ditambah pula terpaksa ke sekolah dan ke pejabat tempat suaminya bekerja..




- Beg sekolah Kudin bersama bapanya..















Bersambung...

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

lampayung

Catat Ulasan

IKLAN ..kena wat ape?he.he..

Related Posts with Thumbnails

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

Terdapat ralat dalam alat ini

INSPIRASI TEAM

IKLAN..Buat macam biasa ye

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Terdapat ralat dalam alat ini