[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: CRITERA JIWA KACAU ver 4

Khamis, 12 November 2009

CRITERA JIWA KACAU ver 4


Kisah di Pejabat Suami..

 " Awak dari mana?..Tanya seorang mamat yang mungkin nak daftar diri sama sambil mengilatkan kasut kulit cap ular senduk nasik sedangkan baju, seluar dan muka tetap kedut dan lebih malu ada sedikit panau pada bawah telinga sebesar siling 10 sen.
" Putrajaya..tak sangka kena tukar sini?.. Jawab suami yang tiba-tiba terasa hendak terkentut tapi masih dapat bertahan separuh masa pertama.
" Macam mana dok sini, ok tak ?" Mamat tadi menunjukkan betapa prihatin dan ramahnya dia..
" Alhamdulillah, dari sudut pandangan dan penilaian orang kampung kami sekeluarga diterima dengan baik". Suami menjawab sambil menyilangkan kaki supaya tidak berlaku kejadian memalukan pada hari pertama beliau datang bekerja.
"Syukurlah kalau begitu ?" ..Mamat tadi menjawab sambil cerminkan muka pada kasutnya..
"Awak pula, dah lama tinggal sini "..Suami pula bertanya..
" Erm..dekat 25 tahun dah..tapi baru bulan lepas baru duduk tetap sini?..Mamat menjawab..
" Macam mana tu..tak faham ? Suami mengajukan soalan..
" Biasalah ikut isteri bertugas, dimana dia kena tukar kita ikut la"..Jawab Mamat itu..
" Isteri keje mana..? " Suami saje bertanya kerana mula keliru..
" Keje sini..karang awak masuk jumpalah dia..cakap saya kirim beli roti sardin  untuk petang karang " Suami mengangguk sambil ternganga..
"Oklah saya dah lewat ni..saya pegi dulu" Mamat tadi terus bangun sambil buat senaman ringan..Mengeliat..
"Eh!! awak bukan keja sini? Suami masih keliru..
" Tak lah..saya keje basuh kete depan tu, saje lepak sini sambil hirup ekon satu perlima hos power tu.." Jawab Mamat tadi sambil berlalu keluar..Suami terus terasa hendak kentut bila terdengar jawapan Mamat tu..tapi masih mampu bertahan..
Tiba-tiba Mamat tadi muncul semula dengan senyum-senyum badak..
" Lupalah pulak nak kasi duit.." Mamat berkata sambil menyeluk kocek..
" Ini tolong bagi kat isteri saya, belikan sekali Sirap limau satu, rokok Nusantara hijau sekutak, minyak yuyi cap limau botol kecik dengan er..er.. sup bunjut adabi..baki jangan lupa masuk dalam tabung keluarga..dia tahulah tu nanti" Mamat itu berkata sambil menghulurkan duit..
" Maaflah..menyusahkan awak pula"..Mamat berkata sambil berlalu..
" Takpe..biasa ler tu.." Jawab suami sambil melihat dan membelik depan belakang duit RM1 yang diberi oleh Mamat tadi untuk membeli barang yang dipesan untuk isterinya



" Awak yang ditukarkan kesini...macam mana ok tak kat sini? Tanya doktor kepada suami sambil memeriksa keseluruhan badan, pakaian,herlmet dan kunci motor untuk memastikan suami bebas dari simpton-simpton penyakit kronik seperti sakit gigi, telinga dan kudis dikaki. Suami tidak boleh menjawab kerana telah mulut dibius supaya menjadi "biul sementara", hanya mampu angguk dan tunjuk OK melalui isyarat jari.
" Jadi, nampaknya awak bebas dari gangguan setan dan iblis, simpton penyakit pun kita dah buang kat dalam sungai..jadi esok bolehlah awak mulakan tugas disini.. Tahniah !!. Doktor memberi suami surat tunjuk sebab sambil mengatakan " Sila bayar di konter depan tu ye dulu ".. Oleh kerana telah lama bertahan, suami  mempercepatkan jalan  menuju ke pintu keluar sambil terkentut, untuk cover malu suami  dan bunyi kentut , suami purak-purak langgar pintu sekuat hati..menyebabkan doktor terpaksa ketawa hingga tercabut gigi palsunya..

" Isk.. pelik sungguh keja kat sini..daftar diri pun kena bayar sendiri.." Suami merungut dalam hati sambil menuju ke konter pembayaran.. Setelah selesai untuk upacara daftar diri pada hari itu suami pun bersiap untuk pulang kerumah, berjalan laju menuju ke motor DEMAK yang telah dicabut rantai tayarnya untuk elak kes kecurian motor..Sambil membuka kusyen untuk mengambil dan memasang semula rantai tersebut, suami terkentut sekali lagi mungkin kerana banyak angin dalam badan..
" Bang..nak pasang tintet tak ? Tiba-tiba datang seorang remaja melayu separuh abad ..
" Isk..saya mana ada kete nak tintet" Sambil mencangkung untuk memasang rantai suami menjawab..
" Ala..motor pun boleh tintet la bang".. Remaja tadi seolah merayu..
" Gila ape..mana ada orang tintet motor, bukan ada cermin pun nak tintet kat motor" Suami sedikit panas kerana telah hilang tumpuan untuk pasang rantai ..

" Kat cermin side mirror kat motor abang kan boleh..baru gempak.." jawab remaja tersebut sambil memegang

Cermin ini..



















Bersambung...

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

bila nak abis

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner