[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: SELOKA BOLA DUA NEGERI

Sabtu, 7 November 2009

SELOKA BOLA DUA NEGERI


Artikel ni sebetulnya telah siap pagi tadi dan di terbitkan, tetapi akibat kecuaian dan kemalasan untuk menyemak kembali, maka terpaksalah artikel ini keluar selepas tamatnya masa perlawanan bola antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang keputusannya " Hoban jang hoban monang dongan 3 berbalas 1".

Walaupun kalah Pasukan Kelantan tetap patut dipuji kerana berjaya membakar bendera, kerusi dan mercun sahaja. tidak semua pemain dan pengadil pada malam tersebut!!!

Apabila kedua pasukan ini berjaya melangkah ke perlawanan akhir, ramai yang tentunya gembira kerana kedua-dua pasukan ini pada awalnya bukan pasukan pilihan dan susah berpuluh tahun mereka hanya berjaya melihat pasukan negeri lain menjulang Piala Malaysia..

Kita tengok temuduga yang telah dibuat dengan penyokong dari Negeri Sembilan -
Saudara Nik Rosdi bin Nik Kedi dari Serting -
" Sebonar ey..Kalau diikut pado sejarah lah..main bola no sonang bebonar, tak do susahnyo.. Cubo ekau pikir, kito main bola ni untuk apo? mesti nak masukkan dalam gol kan.. kan sonang kojo tu..lagipun tiang gol dah disediyokan..bosa lak tu..isk..penjago gol pulak sorang yo nak dibandingkan dongan penyorang duwo orang..isk..sonanglah..gerenti pasukan peberet den monang bosa malam ni.."
Oleh kerana bengang kerana Saudara Nik tidak menjawab soalan yang diberi, penemuduga terus bertanya..
" Awak main bola ker?..
" Isk..gilo apo..Den mano ado kaki..nak main bola tampar pun tak lopeh" Saudara Nik menjawab sambil mengayuh kereta rodanya..

Ini pula pendapat dari penyokong pasukan Kelantan iaaitu Saudara Ujang bin Lobai Mat dari Tanah Merah

" Mu tanyo ambo ni buleh pitih ke dok?..Kalu buleh dok berghat sangak penderitaey ambo ni..Dohlah ghumah banjir, tok sepak selamatke tibi..nok tengok bola kena gi ghumoh jire..ghapo mu tanyo takdi..pasa bola dok.. gini.. kite oran kelanten bila sebuk pasal bola, memang kite akan pergi melihatnye.. Tidak kisahlah kalah atau menen, kite oran kelanten suka untuk menceriakan keadaen dengen aksi-aksi kite sendenri sahaje..Saya tidak dapat peregi ke kelumpu kerane kena bertugeh mengawal arus banjir, macan mane pun saye rase kelanten menen malam ni.."
Saudara Ujang terpaksa menamatkan temuduga tersebut kerana tergigit lidah akibat cuba bercakap ala-ala oreng key elll..
Dan yang pastinya seorang penyokong kelantan terpaksa bersorak dalam hati malam ini.

Sekarang kita tanya pula pendapat dari mereka-mereka yang bukan dari kedua-dua negeri tersebut yang nampaknya seakan tidak percaya pasukan kedua-dua negeri ini berjaya ke peringkat akhir.

En. Mad dari Melake - Bekas juruletih pasukan bola bawah 7 tahun..
" Saya rase pasukan Nsembilan lah akan menang malam ni..sebab jika ikut ramalan kaji cuaca hujan lebat tidak berlaku di Bukit Jalil malam ni, sebab jika hujan pasukan Kelantan akan memperolehi peluang yang lebih besar kerana pasukan ini bijak untuk mengatur serangan terutama bila berlaku banjir dan hujan lebat..

Saudara Aliff bekas pemain paluan kompang teluk belange..
" Walaupun hati saya berat meramalkan yang pasukan Kelantan akan menang malam ini,.namun demi isteri saya tercinta, saya meramalkan Negeri sembilan akan menang..Saya tak sanggup makan cili bang...."

En. Liow - Tidak dapat dikesan ape kerja dia ni..
" Mestilah Kelantan menang lo, lagipun kelantan ale semua pemain magut-magut seperti Misbon sidek, David Teo, Nicol David dan lamai lagi..lagi aa..kalau ini malam aaa..itu Jamali salat dia olang kasik tulun ooo..haiya..mesti munang musat lo..

Adik Rama- Peniaga besi buruk yang kebetulan lalu depan si penemuduga..
" Bola aa..yenna.. i think Negeri sembilan can win la tonight..Coz ha..they have a ..apa itu..melayu cakap.."pandai maen"..ha..corect!!!corert!!.. Dey Macha.. u ade besi buruk mau kasi jual ka..?..



Kita nantikan malam ni..




0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner