[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: TIPS JIMAT SATU AYAT banyak makna

Khamis, 5 November 2009

TIPS JIMAT SATU AYAT banyak makna


Hari ni kita menjelajah ke alam bahasa pula, bak kata orang alaang-alang mandi biar basah..sebab mana ada orang mandi tak basah..lagipun Alang kalau mandi memang lama jika nak dibandingkan dengan Along dan Angah..

Sebelum kita melangkah lebih jauh..kita perlu kenal dulu apa itu bahasa? Bahasa ialah pertuturan yang digunakan oleh seseorang untuk upacara buka mulut keluar bunyi tutup mulut tak bunyi antara satu sama lagi..Oleh kerana bangsa kita kreatif.. fungsi bahasa telah ditingkatkan sebagai alat kemarahan.. lihat contoh ni..
" Cuba ko Bahasa sikit budak baru tu Kordi !! Geram aku!! .

Kita tengok lagi ayat-ayat lain yang diperlbagaikan supaya tidak berlaku pembaziran ayat-ayat atau kata-kata, jadi jangan ingat benda lain jer boleh jimat..bahasapun boleh jimat!!!

1. ANGIN
" Menyampah betul aku dengan Piah tu..hari ni dia ada angin..aku tegur buat dek jer"..
" Ko tengok tayar kereta aku ni..mana ada angin ni.."
"Patutlah kat sini panas sangat  .. tak ada angin rupanya "..

" Cis..sapa pulak buang angin ni..semerbak delima baunye...
" Kena buang angin sikit kat badan ko ni..baru segar ..
" Keras lagi tayar ko ni.. buang angin sikit lagi..

2. HATI..

" Eleh.. muke cam enjjin kete juara..ade hati nak ke aku..
" Apa!! Ko ingat aku tak ada hati ker nak belasah orang.

" Ala.. jenis hati rosak..tu sebab dia tak puas hati dengan aku.
"Kurangkan merokok untuk mengelakkan hati rosak.

3. ATAS PAGAR

" Ko ni memang tak de pendirian la..atas pagar betul !!
" Ko rasa kalau aku duduk atas pagar tu, nampak ganas tak ?

" Tengok ayam paling kanan atas pagar tu, kan dia guna bulu beruang tu !.
" Atas pagar jer belum siap lagi, bawah pagar dah siap..

4. ANGKAT KAKI
" Cis..aku datang jer terus angkat kaki..tak guna tul!!
" Angkat kaki atas lagi, aku nak tengok bisul ko ni.."

5. BATU API
" Woi!! aku nampak batu api la semalam ..
" Ko jangan jadi batu api pulak..

6. BERAT TULANG
" Kesian Leha kan,dapat laki berat tulang..
" Tak kan aku sorang jer.. berat tulang ni.. tolong arr!!

7. BEKAS TANGAN
" Bekas tangan mamat mana pulak kat dinding ni ?"
" Inilah hasil kretiviti En. MAT hasil bekas tangan beliau sendiri"

8. BERAT SEBELAH
" Lori ko ni aku rasa berat sebelah la..berenti dulu "
" Esok, bila bapak mati..harta ni ko jangan berat sebelah dengan adik-adik ko.."

9. BESAR KEPALA
" Ko jangan besar kepala dengan aku..naya nanti !!
" Besar kepala anak ko yang nombor tiga ni Suzi..ada penyakit ke?..

10. KAKI BOTOL
" Aku rasa Pak Su ni kaki botol la, selalu balik mesti salah rumah.."
" Aku cakap ko tak caya, kan Amin pakai Kaki botol lepas eksiden ari tu..tengok!! kan botol kicap ni..!!

11. OTAK KERING
" Otak kering betul mamat tadi tu..ade dikatanya aku ni Mentega susu padehal aku ni mentega kacang "..
" Ko jangan otak kering dengan aku Sop!! dua campur lapan mana boleh dikali dengan enam..

12. TEBAL MUKA
" Ala ko tebal muka jer jumpa Salina tu..bukan sampai kena saman JPJ pun..
" Ko caya kalau aku kata orang Negro tebal muka? Tak caya cuba gi lempang..mesti Negro tu selamber je

13. TELINGA LINTAH
" Memang jenis telinga lintah tul bini aku ni..macam tau-tau jer aku dapat gaji hari ni..
" Ini buktinya telinga lintah..tengok tuan-tuan..sape tak caya bakal masuk neraka!! ha..ha..ha..

14. TELINGA KUALI
" Penat aku memekak panggil Salehudin tadi. rupanya dia telinga kuali "
" Mana pegi telinga kuali ni mak? Macam mana nak bawak?..

15. DURIAN RUNTUH
" Durian runtuh atas kepala dia semalam, tu jadi sewel tu..
"Mari jualan durian runtuh kembali lagi..tapi..kami tiada jual durian..mari..mari..rapat..rapat .murah.murah!!..

16. CAMPUR TANGAN
" Jangan sesekali ko cuba campur tangan dalam hal aku, nanti aku tangan-tangan karang..
" Cuba campur tangan sekali barulah boleh dapat jawapan kepada soalan diberi tadi.."

Akhir sekali.. cuba anda fikir ini..

- Kes apa kalau kita bertikam sampai 3 hari 3 malam pun, orangnya tetap tak cedera, malah tidak akan ditangkap...

TIKAM LIDAH.

- Siapakah yang hilang tetapi tidak akan dicari orang..

AKAL..


JUMPA LAGI



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner