[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: CRITERA JIWA KACAU V7

Selasa, 1 Disember 2009

CRITERA JIWA KACAU V7





'' Assalamualaikum.." Isteri yang sedang mencari sesuatu tersendak kerana terkejut apabila mendengar suara orang memberi salam..Isteri masih tergamam kerana suara yang memberi salam itu seperti suara seorang wanita, tetapi tahap garaunya macam lelaki..Ah!! biar aku tengok sendiri, Laki ke Pompuan nih!!..

" Ha..Mak nyek..masuk-masuk..ingatkan sapa tadi.." Isteri mempelawa tetamu separuh usia itu masuk..
" Suami ko mana".. Mak Nyeh tertanya-tanya sambil membetulkan tudung saji yang dipakainya..
" Ikut Pak Seman, tengok lembu nak beranak..duduk jab saya buatkan air.." Isteri mempelawa..
" Ha..elok gak tu..kopi O kurang air satu, susu setengah cawan ..kalu ada nasik tengahari tadi bawak la sekali." Mak Nyek mempelawa dirinya sendirik..
Bentuk Tudung saji yang digayakan oleh Mak Nyeh..bezanya Maknyeh punya kale biru.

" Ada cerita menarik ke Mak Nyeh datang ni.." Tanya isteri sambil dalam keadaan bersedia untuk melastik cicak menggunakan panah dart kaler merah.
" Emmm..ni ha..pasal persatuan GPW yang dah ada kat kampung ni .. ko nak masuk tak, maklumlah ko baru pindah, kalu ko nak masuk, aku boleh uruskan.." Mak nyeh memberi cadangan sambil hirup kopi sambil melihat aksi isteri kenyit sebelah mata pada cicak..
" Ok jugak tu..dulu saya ahli  A n W ajer..ramai dah ke ahli ?.. Jawab isteri sambil melakukan lontaran pertama yang akhirnya tersasar dari sasaran.
" iuh..ramai dah..kalau ko masuk ko jadi ahli ke doplas ratus enam puluh enam GPW seMalaysia, tapi kat kampung ni ko dikira nombor 5 ajer la..Mak nyeh berkata sambil ketawa  tersipu-sipu kerana lontaran isteri tersasar dari sasaran.
" OO..bolehlah Mak Nyeh..berapa pulak hantaran dikenakan tu? Isteri bertanya sambil mencari Dart kedua kaler biru..
" RM5 selama setahun, tapi jika ko nak jimat, bayar jer RM10 selama setahun kat aku, dapat gak aku duit kopi.." Mak nyeh memberi cadangan sambil membuka buku laporan GPWnya..
"Yes!! Kena pun..Isteri melonjak gembira apabila lontarannya menepati sasaran, serta merta isteri "take Five" dengan Mak Nyeh.

" Ha..ini duit RM20 untuk pendaftaran selama 10 tahun, tak cukup Mak Nyeh tambah ler..kalau ada baki pulangkan balik.." Isteri menghulurkan wang note 10 kepada Mak nyeh sambil tersengeh..
"Eh!! Apsal Mak Nyeh jentik-jentik duit tu, bukan saya ada jampi pun ".. Isteri bertanya penuh kehairanan apabila melihat Mak Nyeh dengan serius Jentik duit tersebut terutama dibahagian tengkolok YD Agung..
" Bukan ape..sekarang ni banyak betul duit palsu, aku kena hati-hati..kata orang jika kita jentik duit ni pat belas kali pada bahagian tengkolok, jika tengkolok tak jatuh maka duit ni bukan duit palsu.." Jawab Mak Nyeh sambil terus mengira..dan mengira..


Malam itu selepas makan malam, selepas suasana tenang apabila anak pasangan isteri-suami ketiduran, tiba-tiba..

" Hai..awak kate nak bersenam malam ni, nak kuruskan badan" Suami bertanya  kepada isterinya sambil membelek-belek buku tebal ditangannya..
" La..tengah bersenam la ni..awak tak nampak ker" Isteri rasa ada angin dalam badan..
"Bersenam pe benda..elok jer berkain batik. peh tu duduk jer..senaman pesen ape lak ni.." Suami heran..
" La..kan saya tengah buat senaman muka ni..awak tak nampak?.. Jawab isteri sambil meneruskan aksi mengunyah gula getah sambil melihat tapak kejadian cicak yang telah meninggal di dart olehnya petang tadi..
Jawapan itu membuatkan Suami terpaksa meneruskan membaca buku panduan telefon yang ditemuinya..kerana dirumah mereka tiadapun satu buku selain buku panduan telefon peninggalan bekas penghuni rumah lama yang juga bekas kerani Telekom..


Kisah ini terpaksa bersambung





0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner