[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: KISAH SEKAMPUNG DITAJA OLEH IKLAN apa nama..

Rabu, 16 Disember 2009

KISAH SEKAMPUNG DITAJA OLEH IKLAN apa nama..

IKLAN DITAJA OLEH
AHMED BENGKEL KERETA DAN SEDIA JUAL KAYU enterprise.

Hidden food
   - TOOLBOX Pelbagai guna ini sesuai sebagai ganti peti ais anda..

ANTARA NAMA DAN KAITANNYA..

Dalam satu mesyuarat bahagian bersama cawangan dan AJK kawasan, telah diadakan satu perhimpunan perhimpunan di Dewan orang ramai yang dihadiri hanya oleh orang ramai bukan penduduk kampung berkaitan.

 " Aku rasa hari Sabtu ni sesuai untuk buat kenduri ".  Kata Sabtu pada Tok Pat kampung mereka. " Mana boleh !! sebab aku buat kenduri hari Jumaat, mana sempat nak angkat barang, lagipun tak sempat berehat orang kampung !! Tiba-tiba Jumaat bersuara sambil dipersetujui oleh rakan baiknya Isnin. " Betui tu Tok ketua , pasai Isnin depan, rumah saya pula..

" Tak pa..apa pun kita tanya tukang masak dulu "..Jawab Tok Pat meredakan kekecohan.." Bakar mana datang tok ?".. Saman berkata .." Pasai apa pulak Bakar tak datang, kan dah hantar notis semalam", Tok Pat mula nak marah.. " Tadi saya lihat Bakar sedang bakar sampah sarap dirumahnya Tok, habis sampah sarap Bakar telah ter bakar Tok .." Saman menjawab sambil menyilangkan kedua kakinya ke atas meja..

IKLAN SEBENTAR
 
NICE and Relax
  - Kelihatan salah seorang pelanggan kami sedang rehat sambil baca majalah sementara menunggu keretanya siap di tukar kaler..

" Payah lah nak buat ketetapan macam ni..kena rujuk artikel tujuh kurungan tiga akta Parlimen pulak ni "..Tok Pat geleng kepala dengan kuat sehingga jatuh Kopiah dikepala, namun sempat disambut oleh penyambut tetamu yang berdiri disebelahnya.

" Ala..apa susah tok..kita saman ajer Bakar.." Belum saman habis berkata,  tiba-tiba ayatnya dipintas dengan semburan air liur oleh Isnin " Ala..ko ni Saman, aku taulah nama ko saman, asyik nak saman orang ajer..kan ada cara lain boleh digunapakai atau pakaibuang.."

" Macam ni tok, apa kata kenduri kali ni kita jangan pakai tukang masak, kita pakai tukang rumah ker, tukang kebun ker.." Sabtu memberikan idea meneyebabkan beliau dibaling dengan selipar dan tong minyak tanah oleh orang kampung..

" Macam nilah..kita tangguhkan Masyarat kita ni sebentar, Saman ko pegi dengan Demak jemput Bakar datang sekarang juga..Jangan sampai aku bakar rumah dia pulak.." Tok Pat memberikan arahan . " Tok!! saya ikut boleh Tok ? ".. Tanya pulak Khamis sambil mengunyah kismis.." Tak yah..ko duduk sini dengan jumaat dan sabtu, karang tak cukup korum nak main kerum.."
" Isk..botak dah tayar ko ni..boleh kena saman ni.." Saman berkata sambil melihat motor Demak milik demak sekeluarga.. " Isk.. nanti petang aku bawak lah jumpa Din botak, mana tau dia dapat selesaikan masalah tayar botak ni..lagipun pagi tadi bini aku dah cuba letak bunga raya dengan bunga taik ayam..jatuh lah tu.. ".. Demak menjawab panjang lebar sambil menyetat motor demaknya..

" Apa kata sementara kita tunggu  tu sampai, ,kita makan dulu apa yang ada "..Kata Tok ketua sambil menunjukkan tanda bagus pada orang kampung.. " Ok jugak Tok..makan apa hari ni tok.." TIba-tibas Saman bersuara.. " Aik..kenapa ko tak pegi sama Demak Saman.. " Tok Pat mengunci giginya menggunakan mangga siam..

" Malas lah tok..lagipun motor demak tak de talipinggang keledar, nanti kena saman.." Selamba Saman menjawab sambil mencangkung.. " Ha..Abu..masak ape ari ni ?.. Saman bertanya pada Labu .. " Masak biasa jer..kesukaaan orang kampung..Sayur labu jer.." Labu menjawab sambil membawa 7 dulang hantaran pakaian pengantin..  " Aku..kalau makan sayur labu tak de pucuk paku tak de selera ko tau.. " Jawab pula Wan Pucuk Paku dari tepi dinding dewan orang ramai tersebut.

IKLAN SEBENTAR

Eat shoes
- Kami juga sedia menjual kasut untuk dimakan sambil menunggu kereta anda dibaiki..pelbagai perisa disediakan untuk kepuasan anda..

" Oi..bacalah doa dulu sebelum makan..tak sabar-sabar korang ni.. " Tok pat berkata sambil mengunyah isi labu dalam mulut..Semua mata tertumpu pada Tok Imam yang berdiri bersama anaknya Aiman.. " Hulurlah mike tu kat aku..karang tak dengar pula "..Jawab Tok Imam sambil menyambut mike yang dibaling oleh Mike bin Abdul Rahim. .

Semua orang men aminkan doa makan yang dibaca oleh anak Tok Imam yang bernama Aiman kecuali Mat Amin.." Isk..apsal ko tak amin ha.." tiba-tiba Mat Kamus berbisik pada Mat Amin.. " Nama aku dah Amin..tak yah amin la..".. Jawab Mat Amin separuh berbisik..
 " Samelah dengan aku..aku kalu jumpa orang puteh..aku tak yah guna kamus..sebab nama aku dah kamus.." Kamus menjawab semula tetapi didengari oleh Mat telinga gajah yang berada dihujung pintu masuk..
" Oi..masa berdoa mana boleh bercakap..apalah korang ni..tak de kesedaran sivik langsung.." Mat Telinga gajah berkata dengan kuat sehinggakan orang kampung yang baru mulakan upacara makan tersentak..

" Doa dah abis la..orang dah mula makan ni..ko ni Mat, yang jauh ko dengar ,yang dekat ko pekak.." Jawab Mat telinga tuli sambil mengira biji guli yang ditemuinya ditepi longkang dewan orang ramai tersebut..

 - JUMPA LAGI..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner