[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: PELIK ? TAPI sudah tidak pelik

Khamis, 3 Disember 2009

PELIK ? TAPI sudah tidak pelik

Apakah yang dikatakan Pelik tapi sudah tidak pelik ?.. Anda lihat senarai iklan dibawah yang kebanyakkannya banyak kita jumpa dimana-mana..

1. Ubat.

Mak Julai Mak Aji.. Cuba perhatikan pada senarai penyakit yang dapat disembuhkan, kekadang hingga beratus-ratus jenis penyakit dapat disembuhkan hanya dengan makan Mak Julai ini..tetapi dalam banyak-banyak jenis penyakit, LEMAH TENAGA BATIN adalah salah satu senarai penyakit WAJIB yang perlu ada..


IKLAN UBAT MEMBAWA PENYAKIT.

- Jamu cap landak
 Sesuai digunakan untuk menyembuhkan penyakit sembelit, pembelit dan pembohong, tidak sesuai dimakan waktu malam.


- Tongkat Abu.
Sesuai digunakan untuk menghalau binatang buas atau sebagai senjata bagi wanita-wanita rupawan, mane yang nak buat tak senonoh, ketuk 18kali dengan tongkat Abu, nescaya berkesan.

 
- Tembusu V30t.
Ubat terbaru bakal dipasarkan di Malaysia, amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung, boleh melemahkan sendi dan tulang serta melambatkan tempoh pernafasan, amat sesuai dimakan selepas bersalin baju atau seluar atau kain.

   -Gambar pokok tembusu tiada dalam gambar ini, ini hanya gambar hiasan

- Beregus otak udang
Ubat yang dibuat dari 1000 otak udang, sesuai untuk melembab dan melalaikan akal fikiran, serta dijamin suci lagi bersih dari sebarang pencemaran udara dan sisa-sisa toksid.

  - Taring monyet ini dipercayai digunakan sebagai bahan pengawet.

- Ubat nyamuk
Sesuai untuk mengubati penyakit nyamuk yang diserang demam denggi, demam panas serta demam campak,


 
2. Skim Cepat Kaya..

Ayat paling glamer ialah JADI KAYA sambil goyang kaki ?..Untuk lebih menarik, nilai 0000 akan ditambah seperti ini .RM10000 untuk setiap minit.. yang anda tidak tahu ialah nilai untuk sekali klik ialah RM.0.001 ..jadi berapa ramai orang perlu klik untuk dapat nilai disebutkan tadi.. Ayat terbaru yang digunakan sekarang ialah JANA pendapatan lumayan ..apa yang perlu anda tahu ialah , sebenarnya kitalah yang menJANAkan pendapatan mereka..untung kita belum tentu lagi..

IKLAN SKIM CEPAT MERANA

- Program Preferering atau Pelempang.
Anda mahu hidup susah? Anda dah puas hidup senang? Jika jawapan anda Iya..sertailah program Preferering ini segera.. anda dijamin dalam masa sejam anda akan kehilangan RM2000.00 tanpa perlu goyangkan kaki.

- Ebook Bagaimana Jana Wang??
Milikilah buku ini tentang cara-cara dan teknik yang betul untuk anda menjanakan duit penulis. Peluang keemasan ini diberikan sekali seumur hidup anda, Anda dijamin akan berjaya membantu kami menjadi Jutawan segera.

- Letak Iklan anda dapat RM100.00
Sertailah kuiz letak iklan dalam blog atau laman Web, bantulah kami promosikan barang kami secara percuma, kerana jika kami senang, anda kami lupakan..ingat pelaburan hari ini akan menentukan nasib anda yang tetap begitu selamanya.

  - Lampu antik ini di jamin mampu MENJANA kuasa Viral untuk cahaya..

3. Kenderaan.

Contoh paling mudah untuk anda lihat iklan kenderaan ini ialah, iklan kereta Proton dengan Perodua.. kebanyakkan iklan mereka berbunyi begini.. Tingkap Automatik, Aircond percuma , semua perkara yang diiklan tadi termasuk tingkap dan aircond adalah perkara wajib yang perlu ada dalam setiap kenderaan baru sekarang ini, pernah tak anda jumpa Iklan TOYOTA jual kereta tak ada Air Cond??

IKLAN KENderaAN.

- Pratonton Pawira Seri Rama.
Kenderaan pelbagai guna ini menggunakan kuasa kaki kuda untuk melancarkan pergerakan. Penggunaan minyak kapal terbang dijamin mampu menghasilkan kualiti udara dalam kenderaan anda suci lagi bersih. Empat biji tayar celup diberikan percuma..
-contoh kuda laut yang akan diproses untukdigunakan pada bahagian badan kereta.
 
- Pendua Kalis Angsa.
Kereta berbentuk angsa ini amat sesuai untuk kegunaan keluarga yang besar, serta yang mempunyai isteri saiz besar, dengan menggunakan tayar nipis 1.3inci lebar, 3.l1 dalam, kenderaan ini mampu menghasilkan tahap kebocoran yang maksima serta dapat meletupkan tayar dalam 30 saat.

- Angsa Makcik Piah yang dijadikan RoleModel Oleh Pendua untuk kereta keluaran mereka.

- SEMULAH 100cc.
Sejenis motor yang memang diakui paling murah dalam dunia..hanya RM5.50 untuk mendapatkan Plat motor, sesuai digunakan pada perhiasan rumah dan dibawa bersiar-siar. Walaupun murah, anda dijamin kualiti kontrol dari segi penjimatan minyak dan kerosakan, kerana kedua-dua bahan ini tidak digunakan langsung pada motor jenis ini.

- Gambaran motor Semulah yang telah siap dipasang sendiri oleh En. Daud dan anaknya.

4. IKLAN TAMBAHAN
Iklan tambahan ini terpaksa dimasukkan kedalam artikel ini kerana ianya datang tanpa dipaksa, lagipun iklan ini diberikan percuma dengan kadar RM50 sebulan..

- Cat wate kale Kona
Sesuai untuk mereka-mereka yang penyabar kerana cat ini dijamin lambat kering dan cepat pudar malah mendatangkan bahaya kerana rumah boleh runtuh jika cat ini disapu secara berlebihan.

- Taik Hidung MJ..
Dapatkan koleksi peribadi taik hidung Michael Jackson yang telah ditemui dibawah meja dan katil oleh FBI seminggu sebelum rumahnya dilelong. Koleksi ini sesuai untuk peminat setia dan diletakkan diruang tamu.

- Gambar curi yang sempat dirakam sewaktu Monalisa sedang mencari bijih timah


- JUMPA LAGI
 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner