[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: RUNGUTAN DAN JAWAPAN

Isnin, 7 Disember 2009

RUNGUTAN DAN JAWAPAN

Sebelum dimulakan artikel ini.. anda cuba jawap teka teki ini..

"  MATA APAKAH YANG TIDAK BOLEH MELIHAT """"

1.
                   - SMS dari - 01934652311034 enfon jenis Norkiah 6610,baki duit RM0.37
" Lampu dijalan ini sering menyala pada waktu siang dan ini membahayakan pengguna yang terpaksa pelik tengok lampu ini menyala di siang hari..Sila ambil tindakan..

TNB- Kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan kunci bagi alamat tiang yang diberikan kerana Juruteknik kami telah kehilangan kunci  semasa sedang makan di kedai Mamak di kedai depan tiang nombor 3 dalam gambar diberi. Kunci ini amat perlu bagi membolehkan juruteknik kami hidupkan kenderaannya untuk bergerak ke lokasi kejadian.

2.
       Surat layang dari anak Tukimin bin Mukminin, " Satu pagi saya dan bapak saya (Tuan rujuk gambar diberi) telah jumpa satu jalan berlubang, nyaris bapak saya dan saya dan motor saya tidak jatuh kedalam lubang itu. Kenapakah jalan itu berlubang, awak tidak buat kerjakah atau ibubapak awak yang salah!!
JSR - Masalah jalan berlubang itu sebenarnya masih dalam peringkat kajian, pihak JKR dengan kerjasama Telekom Malaysia sedang melakukan penyelidikan untuk mengetahui tahap kecederaan yang mampu dihasilkan oleh lubang tersebut berpandukan pada ukuran skala Richer..jika ujian ini selesai, maka kami akan timbus lubang tersebut..harap bersabar..

3. Panggilan telefon dari Ku Semah binti Ku Sendayu " Hello, Saya dah banyak kali buat laporan ni..eh!! Apsal tidak ada tindakan undang-undang diambil terhadap semua laporan saya Eh!!, cuti sekolah ni anak saya nak main Streamyx Eh!! Macam mana ni, perkhidmatan awak ni..Eh!! Awak jangan sampai saya Cilikan mulut awak nanti Eh!! Saya nak layan Fb pun tak boleh ni Eh!! cepat sikit Eh!!
- Ku Semah sedang telefon - gambar ehsan dari anaknya..

TELEKONG Malaysia - Masalah utama kami ialah kami tidak dapat membantu Cik Ku Semah kerana nombor talian tetap yang dimohon ini ialah nombor public Phone..macam mana kami nak proses ??...

4.
Rintihan rakyat melalui Email.
YB kawasan, walaupun pada Pilihanraya lepas saya sekeluarga tidak mengundi YB, tapi diharap YB sudi membantu kami yang terpaksa berhujan dalam rumah sendiri kerana atap banglo 4 tingkat yang kami buat telah bocor. Buat masa sekarang kami kekurangan modal untuk upah orang, gambar yang anda lihat itu ialah gambar saya sedang cuba merosakkan lagi bumbung rumah. kerjasama dan perhatian pihak YB kawasan diucapkan terima kasih.


- Terima kasih atas kiriman email saudara, sungguh pilu dan segan mendengarnya, walau bagaimanapun, selaku YB berperihitinan, masalah saudara akan dilanjutkan kepada pihak Jabatan Air dan Saliran untuk tindakan lanjut..

5. Surat Ugutan dari en. Ibelis bin Setan ..
Wahai manusia di JPJ, ingatlah dan waspadalah, kerana kamu telah mengambil tindakan yang bakal mengundang kamu dalam lembah kehinaan dan kecelakaan. Sungguh kurang sopan kamu menyaman kami kerana Plat lori kami patah..CIs..hutang darah dibayar darah..tau..ingat !!!!

- Harap maaf, tuan telah tersalah kirim surat, kami kembalikan surat ini semula untuk memudahkan tuan mengirim kembali di alamat yang betul.
                                                             Ikhlas dari - Kedai Ayam JP Jasa, Selangor,Gombok.


KOLEKSI VIDEO UNTUK ANDA..bonus ler ni..huhuhuhu

- BAHAYA DIMANA-MANA


BAHAYA KE JIKA MACAM NI..

Ataque De Pánico! (Panic Attack!) 2009 - The best home videos are here


JAWAPANnya- Mata Pelajaran....

  - klik sini

     

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner