[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: SITUASI KURENG selesa dan kes naya

Ahad, 1 November 2009

SITUASI KURENG selesa dan kes naya

Sanggupkah anda jika tandasnya begini???

AKU SAKIT PERUT!!!!!

Dalam kehidupan kita, kita pasti tidak terlepas dari menghadapi situasi-stuasi atau keadaan sebegini yang kekadang begitu menguji tahap kesabaran kita..

1. Anda baru pulang dari kerja, sudah hampir sejam anda berehat, tetiba perut anda memulas-mulas..dengan tidak semena-mena anda terpaksa ke buat temujanji dengan En. Tan.. baru saja anda melangkah masuk pejabat en. Tan, tetiba Enpon anda berbunyi-bunyi dari tempat anda berehat tadi.. hendak tak hendak terpaksa anda  pergi dapatkan enpon dan jawab panggilan..sambil menuju ke pejabat en. Tan semula..

- Masalah disini..jika sipemanggil memberi salam..adakah anda akan jawab?

- Jika sipemanggil bertanya " engkau tengah buat ape tu? Adakah anda akan Jawab dengan jujur?

- Jika sipemanggil adalah insan penting dalam hidup anda..adakah anda akan teruskan perbualan dalam pejabat En. Tan?

- Penutup perbualan sipemanggil akan mengucapkan salam sekali lagi..Adakah anda akan jawab?

2. Anda ada temujanji dengan insan istimewa, pepagi lagi anda sudah bersiap dengan membersihkan diri , pakai wangi-wangi, baju dan seluar bergosok tajam-tajam belaka..baru saja anda nak melangkah keluar rumah, tiba-tiba kegemparan melanda pada perut anda..maka terpaksalah anda masuk pejabat En. Tan..Semasa dalam pejabat En. Tan

- Apakah haruman anda akan kekal selepas anda keluar dari pejabat En. Tan?

- Sekiranya insan istimewa hubungi anda kerana terlewat? Adakah mampu anda jawab?

- Bagaimana dengan keadaan pakaian anda yang digosok tajam-tajam tadi?

3. Anda berada dalam satu majlis makan Vip..tetiba anda terasa hendak sesangat Kentut!! Macam mana anda nak buat.. jika anda bangun takut terkentut? jika anda bertahan dengan duduk saja takut terkentut? Menambah masalah lagi..kejadian itu nak berlaku semasa anda tengah seronok layan borak dengan semua Vip-Vip..

4. Dalam dewan peperiksaan dan masa diberikan hampir tamat..tiba-tiba anda diserang kesakitan yang amat sangat pada perut?.. Jika anda keluar..takut jawapan anda tidak lengkap?? Bolehkah anda merayu pada pengawas peperiksaan untuk memberikan anda masa tambahan untuk menjawab soalan?

Kureng selesa bertukar kes naya..

1. Anda baru sahaja kelentong rakan baik anda mengatakan anda berada di kedai makan, sedangkan waktu itu anda berada di kelab dangdut dengan teman istimewa..tengah seronok anda berborak  kelintong sana, putar sini, tetiba rakan anda datang ke kelab tersebut!! .. bertambah parah lagi..teman istimewa anda itu adalah adik rakan anda itu..Adakah anda perlu buat lakukan disaat getir tu ?

2. Pada satu malam , ayah anda mengajak anda kemasjid untuk semayang jemaah..tapi anda kelentong dia cakap anda ada kelas tambahan malam itu..tetiba anda telah ditangkap kerana berada di kelab malam  lebih waktu ..bertambah malang yang terlibat dalam operasi malam itu..ialah ayah anda sendirik!!!

3. Semasa sedang ditemuduga..tiba-tiba anda salah bagi borang permohonan dimana anda telah bertukar fail dengan adik kembar  anda yang menghadiri temuduga ditempat sama tetapi lain jawatan yang dipohon?.. Apakah anda akan jawab pada penemuduga tersebut jika yang ditanya patutnya dijawab oleh adik kembar anda..

4. Anda baru berkenalan dengan seorang awek..anda kelentong dia anda katakan  anda kerja pejabat sedangkan hakikatnya anda menoreh getah kebun bapak anda.. Jadi satu hari anda berjalan-jalan dengan awek anda di bandar..tiba-tiba dalam pasaraya anda temui rakan sekampung yang memang bermulut jahat..soalan mautnya berbunyi begini " Lan..puas aku cari ko sana sini sebab bapak ko suruh..dia nak tahu pisau toreh semalam ko letak mana..dia nak asah petang ni..esok senang ko nak toreh..!!!!!!


Kes terakhir ini lebih naya dan tak sanggup dilihat..

5.En Abu tengah sedap berehat pada satu petang..manakala isteri abu sibuk menguruskan  anak ke 8nya makan nasi.. tiba-tiba anak ke4 nya masuk dalam rumah sambil menangis.." uwaaa!! abang tak kasik main belun..ayah nak belun!! nak belun! uwaaa!! " En. Abu segera bertanya.." Bila pulak ayah ada beli belun ni..kawan abang ko punya kot".." Tak lah..abang cakap dia jumpa dalam bilik mak.., En. Abu bertanya isterinya " Agak ada awak beli belun untuk bebudak ni?.. " Isk..bila masa pulak saya kekedai..kan dok umah ajer ni.." Isteri menjawab..
En .Abu terus keluar rumah  untuk kepastian..kelihatan jiran-jiran En. Abu asyik memerhatikan gelagat anak En. Abu bermain belun.." Abang..mana ko dapat belun tu..kongsi main sama dengan adik ko.." En. Abu bertanya anaknya sambil menjeling ke arah jiran-jirannya sebelah kiri dan kanan.." ala..kan dalam bilik emak banyak..ayah ambil la".. Anak sulung berkata menyebabkan En. Abu berang.. " Isk..budak ni..degil betul..Bak mari belun tu cepatt..!!
Apabila melihat sahaja rupa belun yang dihulur oleh anak sulungnya..En. Abu terus mengarahkan semua anak-anaknya masuk dan mengunci pintu..Esok pagi , jiran-jiran kiri dan kanan En. Abu gempar kerana ada notis didepan rumah En.. Abu.. berbunyi.. " SUDAH PINDAH"..

Rupanya anak-anak En. Abu bukan bermain sebarang belun..belun mainan anak En. Abu sangat bahaya sehingga boleh meyebabkan kejadian pindah rumah..




- Inilah rupa belun tersebut..














-  Pesanan ikhlas..simpanlah kondom ditempat selamat dari gangguan kanak-kanak..


Fixed.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner