[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: INSPIRASI KREATIF
Memaparkan catatan dengan label INSPIRASI KREATIF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INSPIRASI KREATIF. Papar semua catatan

Rabu, 14 April 2010

LAWAK SEBELUM SEMALAM


KERJA

Mak Tijah pergi rumah Mek Senah tengahari itu..

" Lewat balik ari ni Rahim ? " . Tegur Si Emak apabila melihat anaknya baru pulang dari sekolah..

" Van rosak la Mak..tu pasal lambat ".. Jawab Si anak kepada emaknya..

" Van Ustaz tu memang selalu rosak Senah..ari tu lewat jugak anak aku balik ". Mak Tijah menyampuk..

" Dah..pi makan dan salin pakaian tu..petang ni  keje Rahim " .. Emak menyuruh dan bertanya..

" Ada Mak.." Jawab Rahim sambil menuju ke bilik..

' Isk ko ni Senah..Rahim tu kan baru darjah 2, ko dah suruh kerja.!! Tak baik ko nanti ganggu pelajaran dia.." Mak Tijah berkata seakan marah..

" La..masa kecik la kita kena didik dia..dah besar..nanti susah.." Mak Senah cover line..

" Ye la..aku tau..tapi tak kan darjah dua ko dah suruh keje..isk ko ni..anak ko buat  keje ape ? " Mak Tijah bertanya ingin tahu..

" Kerja Sekolah !!! Jawab Mak Senah selamba..
[ ... ]

Ahad, 28 Mac 2010

JIWA KACAU KEMBALI

1. KESESATAN DALAM PENCARIAN

FUNNY DREAM to learn


2. UDAH KE BELUM ?

FUNNY DREAM to learn


3. SPA URUTAN KATEGORI HAIWAN

FUNNY DREAM to learn


4. PEROKOK TEGAR DAN KOMPUTERNYA

FUNNY DREAM to learn
[ ... ]

Sabtu, 9 Januari 2010

KISAH BERGAMBAR One Zero

1. PERANG DIMANAPUN BOLEH..


- " Bola lapan dari bola lima,berita dihantar, pihak musuh sedang menuju ke bilik Doktor..Over"..









2. INTERBIUS telah berlangsung secara Live disebuah pejabat KERAjaan untuk memohon kekosongan Jawatan Pengurus Bahagian peringkat cawangan.. Kita ikuti temuduga tersebut..
" Apa nama awak?

" Batman tuan "..

" Awak jangan memain, nak kerja buat cara nak kerja..apa nama awak?
"Batman la "..

" Isk..nama penuh awak ape ..jangan memain dengan saya.."

"Batman bin Superman tuan.. "

" Baiklah awak boleh keluar sekarang,..saya tak suka orang memain "

" Apsal pulak tuan, kalau saya cakap tuan ni BANGANG marah pulak..tengok ni IC saya..










3. Kalau bini aku membebel lagi aku sumbat jer dia dalam ni karang..Fuuh!!!!










4.  Kawasan bahaya untuk kereta..











5. Lif








- " Tingkat berapa ? "

- "Takpe..saya tekan sendiri"..




6. Skandal KEKASIH

- " Sampai hati you tuduh I curang "

- " Ah..semalam I nampak dengan mata I sendiri You terbang dengan burung wak-wak..siap main konar baring lagik..I hate you.."


7. BAIK PUNYA..

- Kopi Jantan,kopi Janda,kopi Abang kuat,Kopi mat rapi ada disini..silalah..
[ ... ]

Khamis, 31 Disember 2009

PERGI KOSONG SEMBILAN MENJELMA SATU KOSONG

Selamat tahun baru pada semua pengujung blog INSPIRASI TEAM..TERIMA KASIH PADA SEMUA..

Jika orang lain tengah berpesta ria, kami juga berpesta ria dengan update blog-blog inspirasi yang kebetulan pula hari ni hari lahir second boss kami..bonus tak der ker bos ?..Jadi sibuk yang amat sangat hari ini, apapun yang dilakukan, sepatutnya janganlah kita lari dari batas-batas tatasusila keislaman sewaktu menyambut kedatangan tahun baru..

Semoga kengkawan semua sihat.. kita teruskan agenda kita ..

SEBELUM DAN SELEPAS


1. Nampak macam dah selamat..









2. Rupanya tak selamat jugak ..



-  Sejak kehilangan basikalnya, Encik samad dilihat pergi kerja dengan gaya "BEGINI".. setakat ini belum ada lagi yang berjaya mencuri Kustum mer Encik Samad ini..





- Jiran sebelah rumah Encik Samad ini baru kematian isteri, oleh kerana rupa jiran Encik Samad ini tidak Ensem, jiran ini hanya mampu bermimpi disiang hari dengan cara begini...




- Setiap hari abang sulung belah mak sedara En Samad akan ke Zoo Negara untuk bersiar-siar , ini adalah satu rakaman video yang berjaya dirakam sebagai bukti beliau tidak pergi kerja seperti yang diberinya pada isteri-isterinya,,

Telah berkata sang gajah
" Bang..pinjam enfon jab bang.."
Abang Encik Samad
" Ko nak telefon sape pulak "
Gajah meneruskan katanyanya
" Nak tepon doktor la bang, sakit pulak tiang kakiku ini "
" he..he..takde topak la..he..he..

- Kedai  memang untung sentiasa inilah tempat En Samad bekerja.









- Ini pula anak-anak angkat En Samad yang dihantar bersiar-siar sempena cuti sekolah.









- Ini ialah isteri En Samad yang telah diceraikan dengan talak 14 kali lapan tolak dua kerana Encik Samad tak tahan dengan sikap isterinya ini yang kuat hisap curut.











- Ini pula binatang peliharaan Encik Samad yang baru melahirkan seorang anak melalui teknik penjernihan awan.










- Inilah EN SAMAD ya tuan-tuan,,



















JUMPA LAGI..
[ ... ]

Rabu, 16 Disember 2009

KISAH SEKAMPUNG DITAJA OLEH IKLAN apa nama..

IKLAN DITAJA OLEH
AHMED BENGKEL KERETA DAN SEDIA JUAL KAYU enterprise.

Hidden food
   - TOOLBOX Pelbagai guna ini sesuai sebagai ganti peti ais anda..

ANTARA NAMA DAN KAITANNYA..

Dalam satu mesyuarat bahagian bersama cawangan dan AJK kawasan, telah diadakan satu perhimpunan perhimpunan di Dewan orang ramai yang dihadiri hanya oleh orang ramai bukan penduduk kampung berkaitan.

 " Aku rasa hari Sabtu ni sesuai untuk buat kenduri ".  Kata Sabtu pada Tok Pat kampung mereka. " Mana boleh !! sebab aku buat kenduri hari Jumaat, mana sempat nak angkat barang, lagipun tak sempat berehat orang kampung !! Tiba-tiba Jumaat bersuara sambil dipersetujui oleh rakan baiknya Isnin. " Betui tu Tok ketua , pasai Isnin depan, rumah saya pula..

" Tak pa..apa pun kita tanya tukang masak dulu "..Jawab Tok Pat meredakan kekecohan.." Bakar mana datang tok ?".. Saman berkata .." Pasai apa pulak Bakar tak datang, kan dah hantar notis semalam", Tok Pat mula nak marah.. " Tadi saya lihat Bakar sedang bakar sampah sarap dirumahnya Tok, habis sampah sarap Bakar telah ter bakar Tok .." Saman menjawab sambil menyilangkan kedua kakinya ke atas meja..

IKLAN SEBENTAR
 
NICE and Relax
  - Kelihatan salah seorang pelanggan kami sedang rehat sambil baca majalah sementara menunggu keretanya siap di tukar kaler..

" Payah lah nak buat ketetapan macam ni..kena rujuk artikel tujuh kurungan tiga akta Parlimen pulak ni "..Tok Pat geleng kepala dengan kuat sehingga jatuh Kopiah dikepala, namun sempat disambut oleh penyambut tetamu yang berdiri disebelahnya.

" Ala..apa susah tok..kita saman ajer Bakar.." Belum saman habis berkata,  tiba-tiba ayatnya dipintas dengan semburan air liur oleh Isnin " Ala..ko ni Saman, aku taulah nama ko saman, asyik nak saman orang ajer..kan ada cara lain boleh digunapakai atau pakaibuang.."

" Macam ni tok, apa kata kenduri kali ni kita jangan pakai tukang masak, kita pakai tukang rumah ker, tukang kebun ker.." Sabtu memberikan idea meneyebabkan beliau dibaling dengan selipar dan tong minyak tanah oleh orang kampung..

" Macam nilah..kita tangguhkan Masyarat kita ni sebentar, Saman ko pegi dengan Demak jemput Bakar datang sekarang juga..Jangan sampai aku bakar rumah dia pulak.." Tok Pat memberikan arahan . " Tok!! saya ikut boleh Tok ? ".. Tanya pulak Khamis sambil mengunyah kismis.." Tak yah..ko duduk sini dengan jumaat dan sabtu, karang tak cukup korum nak main kerum.."
" Isk..botak dah tayar ko ni..boleh kena saman ni.." Saman berkata sambil melihat motor Demak milik demak sekeluarga.. " Isk.. nanti petang aku bawak lah jumpa Din botak, mana tau dia dapat selesaikan masalah tayar botak ni..lagipun pagi tadi bini aku dah cuba letak bunga raya dengan bunga taik ayam..jatuh lah tu.. ".. Demak menjawab panjang lebar sambil menyetat motor demaknya..

" Apa kata sementara kita tunggu  tu sampai, ,kita makan dulu apa yang ada "..Kata Tok ketua sambil menunjukkan tanda bagus pada orang kampung.. " Ok jugak Tok..makan apa hari ni tok.." TIba-tibas Saman bersuara.. " Aik..kenapa ko tak pegi sama Demak Saman.. " Tok Pat mengunci giginya menggunakan mangga siam..

" Malas lah tok..lagipun motor demak tak de talipinggang keledar, nanti kena saman.." Selamba Saman menjawab sambil mencangkung.. " Ha..Abu..masak ape ari ni ?.. Saman bertanya pada Labu .. " Masak biasa jer..kesukaaan orang kampung..Sayur labu jer.." Labu menjawab sambil membawa 7 dulang hantaran pakaian pengantin..  " Aku..kalau makan sayur labu tak de pucuk paku tak de selera ko tau.. " Jawab pula Wan Pucuk Paku dari tepi dinding dewan orang ramai tersebut.

IKLAN SEBENTAR

Eat shoes
- Kami juga sedia menjual kasut untuk dimakan sambil menunggu kereta anda dibaiki..pelbagai perisa disediakan untuk kepuasan anda..

" Oi..bacalah doa dulu sebelum makan..tak sabar-sabar korang ni.. " Tok pat berkata sambil mengunyah isi labu dalam mulut..Semua mata tertumpu pada Tok Imam yang berdiri bersama anaknya Aiman.. " Hulurlah mike tu kat aku..karang tak dengar pula "..Jawab Tok Imam sambil menyambut mike yang dibaling oleh Mike bin Abdul Rahim. .

Semua orang men aminkan doa makan yang dibaca oleh anak Tok Imam yang bernama Aiman kecuali Mat Amin.." Isk..apsal ko tak amin ha.." tiba-tiba Mat Kamus berbisik pada Mat Amin.. " Nama aku dah Amin..tak yah amin la..".. Jawab Mat Amin separuh berbisik..
 " Samelah dengan aku..aku kalu jumpa orang puteh..aku tak yah guna kamus..sebab nama aku dah kamus.." Kamus menjawab semula tetapi didengari oleh Mat telinga gajah yang berada dihujung pintu masuk..
" Oi..masa berdoa mana boleh bercakap..apalah korang ni..tak de kesedaran sivik langsung.." Mat Telinga gajah berkata dengan kuat sehinggakan orang kampung yang baru mulakan upacara makan tersentak..

" Doa dah abis la..orang dah mula makan ni..ko ni Mat, yang jauh ko dengar ,yang dekat ko pekak.." Jawab Mat telinga tuli sambil mengira biji guli yang ditemuinya ditepi longkang dewan orang ramai tersebut..

 - JUMPA LAGI..
[ ... ]

Sabtu, 12 Disember 2009

KISAH BERGAMBAR

1. PERSIAPAN UNTUK MENGELAK BALA ATAU MENEMPOH BALA ?

PREPARE FOR LIFE?


2. PENIPU DAN DITIPU SECUKUP RASA.

WHO'S REAL


3. BILIK TIDUR IMPIAN

DREAM BEDROOM


4. GADIS JAHAT YANG TIDAK MENAKUTKAN LANGSUNG

EVIL NOT FEAR


5. MOTOR JENAMA HANTU @ SETAN,PENUNGGANGNYA Jin pakai Toncin.

GHOST BIKE


6. GELUNCUR BERPAGAR

NEW CONCEPY EVER DREAM


7. LAKARAN MENARIK

GREAT PAINT GETREAT TONE


8. KERETA SAPE ADE HILANG KUSYEN?

NEW SEAT AT OLD BIKE


9. PENDERAAN IMEJ TERHADAP KUCING

JUST CHOOSE WHAT YOU LIKE


10. CAMNE JADI BEGINI

BEST IMPACT IMEJ


11. SAPE MINAT NAK BELI

PIC1

-Bantu kami..TQ
[ ... ]

Isnin, 7 Disember 2009

RUNGUTAN DAN JAWAPAN

Sebelum dimulakan artikel ini.. anda cuba jawap teka teki ini..

"  MATA APAKAH YANG TIDAK BOLEH MELIHAT """"

1.
                   - SMS dari - 01934652311034 enfon jenis Norkiah 6610,baki duit RM0.37
" Lampu dijalan ini sering menyala pada waktu siang dan ini membahayakan pengguna yang terpaksa pelik tengok lampu ini menyala di siang hari..Sila ambil tindakan..

TNB- Kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan kunci bagi alamat tiang yang diberikan kerana Juruteknik kami telah kehilangan kunci  semasa sedang makan di kedai Mamak di kedai depan tiang nombor 3 dalam gambar diberi. Kunci ini amat perlu bagi membolehkan juruteknik kami hidupkan kenderaannya untuk bergerak ke lokasi kejadian.

2.
       Surat layang dari anak Tukimin bin Mukminin, " Satu pagi saya dan bapak saya (Tuan rujuk gambar diberi) telah jumpa satu jalan berlubang, nyaris bapak saya dan saya dan motor saya tidak jatuh kedalam lubang itu. Kenapakah jalan itu berlubang, awak tidak buat kerjakah atau ibubapak awak yang salah!!
JSR - Masalah jalan berlubang itu sebenarnya masih dalam peringkat kajian, pihak JKR dengan kerjasama Telekom Malaysia sedang melakukan penyelidikan untuk mengetahui tahap kecederaan yang mampu dihasilkan oleh lubang tersebut berpandukan pada ukuran skala Richer..jika ujian ini selesai, maka kami akan timbus lubang tersebut..harap bersabar..

3. Panggilan telefon dari Ku Semah binti Ku Sendayu " Hello, Saya dah banyak kali buat laporan ni..eh!! Apsal tidak ada tindakan undang-undang diambil terhadap semua laporan saya Eh!!, cuti sekolah ni anak saya nak main Streamyx Eh!! Macam mana ni, perkhidmatan awak ni..Eh!! Awak jangan sampai saya Cilikan mulut awak nanti Eh!! Saya nak layan Fb pun tak boleh ni Eh!! cepat sikit Eh!!
- Ku Semah sedang telefon - gambar ehsan dari anaknya..

TELEKONG Malaysia - Masalah utama kami ialah kami tidak dapat membantu Cik Ku Semah kerana nombor talian tetap yang dimohon ini ialah nombor public Phone..macam mana kami nak proses ??...

4.
Rintihan rakyat melalui Email.
YB kawasan, walaupun pada Pilihanraya lepas saya sekeluarga tidak mengundi YB, tapi diharap YB sudi membantu kami yang terpaksa berhujan dalam rumah sendiri kerana atap banglo 4 tingkat yang kami buat telah bocor. Buat masa sekarang kami kekurangan modal untuk upah orang, gambar yang anda lihat itu ialah gambar saya sedang cuba merosakkan lagi bumbung rumah. kerjasama dan perhatian pihak YB kawasan diucapkan terima kasih.


- Terima kasih atas kiriman email saudara, sungguh pilu dan segan mendengarnya, walau bagaimanapun, selaku YB berperihitinan, masalah saudara akan dilanjutkan kepada pihak Jabatan Air dan Saliran untuk tindakan lanjut..

5. Surat Ugutan dari en. Ibelis bin Setan ..
Wahai manusia di JPJ, ingatlah dan waspadalah, kerana kamu telah mengambil tindakan yang bakal mengundang kamu dalam lembah kehinaan dan kecelakaan. Sungguh kurang sopan kamu menyaman kami kerana Plat lori kami patah..CIs..hutang darah dibayar darah..tau..ingat !!!!

- Harap maaf, tuan telah tersalah kirim surat, kami kembalikan surat ini semula untuk memudahkan tuan mengirim kembali di alamat yang betul.
                                                             Ikhlas dari - Kedai Ayam JP Jasa, Selangor,Gombok.


KOLEKSI VIDEO UNTUK ANDA..bonus ler ni..huhuhuhu

- BAHAYA DIMANA-MANA


BAHAYA KE JIKA MACAM NI..

Ataque De Pánico! (Panic Attack!) 2009 - The best home videos are here


JAWAPANnya- Mata Pelajaran....

  - klik sini

     
[ ... ]

MANA LEBIH BERHARGA ??



  Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi  atau  lebih kenali sebagai Aji Kurin adalah salah seorang peneroka awal yang telah menerap di Felda Bawah Sedar hampir 20 tahun yang lampau. Aji Kurin juga adalah orang yang pertama membuka perniagaan runcit dikawasan Felda tersebut, malah perniagaannya telah berkembang dengan baik sehinggakan pendapatannya sebagai peneroka tidak terusik langsung setiap bulan dek kerana keuntungan hasil dari kedai runcitnya.

Dengan berbekalkan keuntungan hasil dari pernigaannya, beliau telah bercadang untuk membesarkan rumah peneroka yang didudukinya untuk ditukar jadi Banglo sekerat, almaklumlah kediamannya terletak diatas bukit, jadi jika buat banglo memang nampak menariklah sesaat. Upacara pecah tanah dan roboh merobohpun giat dijalankan.

Kebetulan pula, disaat rumah Aji kurin diubah suai, tetiba Proton telah mengeluarkan kereta yang pertama iaitu Proton Saga. Demi semangat Malaysia dan cintakan barangan buatan tempatan, Aji Kurin telah berjaya dan menjadi orang pertama di Felda Bawah Sedar  yang membeli Proton Saga, mengatasi pengurus Felda yang hanya pakai Honda Accord 1.6 . Maka setiap pagi,petang,malam berbanggalah Aji Kurin kerana Proton Saga dan dirinya menjadi pujaan ramai, malah lebih hebat lagi..banglonya hampir 20% siap..

Namun disatu pagi yang dingin, segala kegembiraan Aji Kurin telah bertukar menjadi Derita Sepanjang Hayat dek kerana kejadian ini..
"
Pagi malang itu, seperti biasa, selepas bangun tidur dan sebelum mandi, Aji Kurin terus mendapatkan kereta Proton Saganya yang terpaksa diletakkan di jalan depan  rumah beliau kerana urusan ubahsuai banglo beliau masih belum siap, lagipun bahaya kalau parking disitu..nanti kena hempap dek kayu naya..

Dengan hanya bertuala dan berbaju Pagoda, Aji Kurin memulakan proses basuh kereta kesayangannya kerana sekejab lagi beliau mahu ke Pekan untuk membeli barang-barang keperluan kedai runcitnya..Sambil basuh,beliau dengan ramah menangkat tangan kepada orang ramai yang lalu lalang depan rumahnya, maklumlah sejak ada Proton ni, Aji kurin terlebih peramah pula..Sudah siap dibahagian luar, masuk pula bahagian dalaman kereta...

Tiba-tiba, kereta Aji Kurin bergerak meluncur laju kebawah, maklumlah dari atas bukit..Aji Kurin apa lagi..dengan segala upaya bergerak sama mengawal stering keretanya..lagi lama, lagi laju..lagi laju..Aji Kurin pun laju sama bergerak seiring dengan keretanya..Mujurlah Aji Kurin sempat membelok pada selekoh didepan yang jalannya mengadap bukit..

" Fuh..selamat akhirnya.." Aji Kurin berkata sambil mengesat peluh dan cekak pinggang sambil membelek-belek keadaan Proton Saganya..

Makin lama keadaan dijalan makin sesak dengan orang yang lalu lalang, tetapi tidak seorang pun berhenti untuk bertanya pada Aji Kurin apa telah berlaku..Aji Kurin seperti biasa masih sudi mengangkat tanagan dan menghulurkan senyuman pada yang lalu didepannya...sehinggalah beliau terdengar suara isterinya dari rumahnya nun disana...

" Abang..cepat masuk kereta!! cepat masuk kereta!!! Jerit isterinya sambil mengangkat dan melambai-lambai tuala yang dipakainya......
- Semenjak itu Aji Kurin sering berpakaian seperti ini untuk kemana-mana..

  - JUMPA LAGI

[ ... ]

Selasa, 1 Disember 2009

CRITERA JIWA KACAU V7





'' Assalamualaikum.." Isteri yang sedang mencari sesuatu tersendak kerana terkejut apabila mendengar suara orang memberi salam..Isteri masih tergamam kerana suara yang memberi salam itu seperti suara seorang wanita, tetapi tahap garaunya macam lelaki..Ah!! biar aku tengok sendiri, Laki ke Pompuan nih!!..

" Ha..Mak nyek..masuk-masuk..ingatkan sapa tadi.." Isteri mempelawa tetamu separuh usia itu masuk..
" Suami ko mana".. Mak Nyeh tertanya-tanya sambil membetulkan tudung saji yang dipakainya..
" Ikut Pak Seman, tengok lembu nak beranak..duduk jab saya buatkan air.." Isteri mempelawa..
" Ha..elok gak tu..kopi O kurang air satu, susu setengah cawan ..kalu ada nasik tengahari tadi bawak la sekali." Mak Nyek mempelawa dirinya sendirik..
Bentuk Tudung saji yang digayakan oleh Mak Nyeh..bezanya Maknyeh punya kale biru.

" Ada cerita menarik ke Mak Nyeh datang ni.." Tanya isteri sambil dalam keadaan bersedia untuk melastik cicak menggunakan panah dart kaler merah.
" Emmm..ni ha..pasal persatuan GPW yang dah ada kat kampung ni .. ko nak masuk tak, maklumlah ko baru pindah, kalu ko nak masuk, aku boleh uruskan.." Mak nyeh memberi cadangan sambil hirup kopi sambil melihat aksi isteri kenyit sebelah mata pada cicak..
" Ok jugak tu..dulu saya ahli  A n W ajer..ramai dah ke ahli ?.. Jawab isteri sambil melakukan lontaran pertama yang akhirnya tersasar dari sasaran.
" iuh..ramai dah..kalau ko masuk ko jadi ahli ke doplas ratus enam puluh enam GPW seMalaysia, tapi kat kampung ni ko dikira nombor 5 ajer la..Mak nyeh berkata sambil ketawa  tersipu-sipu kerana lontaran isteri tersasar dari sasaran.
" OO..bolehlah Mak Nyeh..berapa pulak hantaran dikenakan tu? Isteri bertanya sambil mencari Dart kedua kaler biru..
" RM5 selama setahun, tapi jika ko nak jimat, bayar jer RM10 selama setahun kat aku, dapat gak aku duit kopi.." Mak nyeh memberi cadangan sambil membuka buku laporan GPWnya..
"Yes!! Kena pun..Isteri melonjak gembira apabila lontarannya menepati sasaran, serta merta isteri "take Five" dengan Mak Nyeh.

" Ha..ini duit RM20 untuk pendaftaran selama 10 tahun, tak cukup Mak Nyeh tambah ler..kalau ada baki pulangkan balik.." Isteri menghulurkan wang note 10 kepada Mak nyeh sambil tersengeh..
"Eh!! Apsal Mak Nyeh jentik-jentik duit tu, bukan saya ada jampi pun ".. Isteri bertanya penuh kehairanan apabila melihat Mak Nyeh dengan serius Jentik duit tersebut terutama dibahagian tengkolok YD Agung..
" Bukan ape..sekarang ni banyak betul duit palsu, aku kena hati-hati..kata orang jika kita jentik duit ni pat belas kali pada bahagian tengkolok, jika tengkolok tak jatuh maka duit ni bukan duit palsu.." Jawab Mak Nyeh sambil terus mengira..dan mengira..


Malam itu selepas makan malam, selepas suasana tenang apabila anak pasangan isteri-suami ketiduran, tiba-tiba..

" Hai..awak kate nak bersenam malam ni, nak kuruskan badan" Suami bertanya  kepada isterinya sambil membelek-belek buku tebal ditangannya..
" La..tengah bersenam la ni..awak tak nampak ker" Isteri rasa ada angin dalam badan..
"Bersenam pe benda..elok jer berkain batik. peh tu duduk jer..senaman pesen ape lak ni.." Suami heran..
" La..kan saya tengah buat senaman muka ni..awak tak nampak?.. Jawab isteri sambil meneruskan aksi mengunyah gula getah sambil melihat tapak kejadian cicak yang telah meninggal di dart olehnya petang tadi..
Jawapan itu membuatkan Suami terpaksa meneruskan membaca buku panduan telefon yang ditemuinya..kerana dirumah mereka tiadapun satu buku selain buku panduan telefon peninggalan bekas penghuni rumah lama yang juga bekas kerani Telekom..


Kisah ini terpaksa bersambung





[ ... ]
Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner