[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: INSPIRASI KREATIF Siri temubual digemparkan

Selasa, 8 September 2009

INSPIRASI KREATIF Siri temubual digemparkan

Untuk menghilangkan mengantuk sementara menunggu berbuka puasa, kita ikuti temubual atau bual bicara bersama "SESEORANG " ini..

Pertanyaan : " Dah berapa lama tak ada?".

Seseorang : " Hampir 4 tahun dah . Kalau tak silap penghujung tahun 2006.."

Pertanyaan : "Punca kenapa tu "..?

Seseorang : " Accident !!! Nak balik beraya .. U ingat tak bas yang yang putus dua empat tahun lepas..?".

(Rasanya anda dah dapat agak kan..siapa ni..tak per..kita teruskan..)

Pertanyaan: " OOO..masih segar lagi dalam ingatan, kerana seseorang yang saya kenal turut terkorban. Abis tu sekrang ni buat apa ?"..

Seseorang : " Sekarang ni sibuk sikit la bang..Banyak terima tawaran berlakon pula, tak tahu macam mana nak kejar masa, kalau dulu orang Melayu dan omputeh jer minat ambik kami berlakon, sekarang ni dah merebak sampai producer Cina dan India pun minat sama."..Enahlah bang..dah rezeki.."

Pertanyaan : " Hebat juga tu, Banyak tawaran !!".

Seseorang : "Banyak bang, Astro jangan ceritalah bang..mencurah-curah, RTM dengan TV3 pun banyak yang terpaksa kami tolak, maklumlah kami ni berlakon tak boleh siang, malam ajer"..

Pertanyaan : " OO..Patutlah payah nak jumpa dimana-mana sekarang ni..Macam mana pula bayaran, lumayan tak ?".

Seseorang : " Boleh lah bang..lepas buat jamu kengkawan,..Macam saya ni murah sikit bang mereka bayar.."

Pertanyaan: " Kenapa pula?..Sebab tak cantik ?"..

Seseorang : " Macam kami ni mana ada yang cantik bang,..semua pasang siap ajer, kekadang tak cukup anggota pun ada?..Sebenarnya bayaran dikira lagi lama lagi mahal bang,sebab rupa kami lagi lama lagi hodoh dan mengerikan..Macam saya baru empat tahun, anggota lengkap lagi la..tu la murah sikit..".

Pertanyaan: " Begitu pulak!!"..Malam ni tak ada Shooting ker?"..

Seseorang: " Malam ni tak boleh bang, malam jumaat, ramai orang baca Yasiin,panas tak boleh nak hafal skrip karang.."

Pertanyaan : " Pulak?.."..Oklah saya nak temubual errr..sapa tadi kawan awak tu?..Lupa pulak!"..

Seseorang : " Hantu Kom-kom..Isk abang ni cepat lupa..pergilah dia tengah hafal skrip kot dalam bilik tu?".

Moral dari temubual diatas..

- Inilah punca kenapa geng cari hantu tak boleh nak buat dokumentari tentang kumpulan ini dah..mereka semua ni dah beralih arah ke bidang lebih mencabar iaitu lakonan.. Kalau dulu kita cuma kenal hantu Melayu , Inggeris dan Korea saja, sekarang ramai producer termasuk India dan Cina nak bersama-sama memeriahkan suasana...Tapi tak apelah sekurangnya kuranglah berlaku kemalangan dan gangguan sikit sekarang ni..

Sebelum dihabiskan,, satu persoalan menarik untuk anda fikirkan.. " Kenapa ramai hantu WANITA dari lelaki yang sering ditonjolkan ?...Tak kan orang lelaki kurang yang meninggal kot?..




SUASASANA SEMASA TEMU BUAL YANG SEMPAT DIRAKAM DENGAN ALAT PERAKAM JENAMA KONY DOPLAS MEGAPIKCEL..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner