[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: BERITA SUKAN VERSI SAHAM

Selasa, 4 Mei 2010

BERITA SUKAN VERSI SAHAM

Skuad  congkak  negara dirundum kesan kejatuhan saham apabila tewas mengejut ditangan pemain kurang berjenama dari negara Zimbaqwie. Walaupun hasil permainan ditutup lega, namun kekecewaan jelas terpancar diwajah-wajah pemain utama negara. Dengan kemahiran dan gemar permainan di jaring dalam aksi congkak kelmarin , pemain negara mengharapkan sekurang-kurangnya permainan berjaya ditutup bercampur-campur.

Menurut Juruletih mereka - Haji Kanduri bin Kenduri , tahap permainan yang kosisten dapat ditunjukkan pada babak pertama dimana kiraan mata naik telah mendadak setelah dibuka pada sesi  awal pagi.Walau bagaimanapun menjelang petang, nilai mata para pemain telah susut sebanyak empat mata kerana telah berlaku kerancakan di pihak pemain Zimbaqwie, walaupun pemain telah disuntik dengan kata-kata semangat oleh penyokong, ini tidak mampu melonjakkan jumlah mata sebelum ditutup dalam jajaran sederhana.

Walau bagaimanapun pujian harus diberikan kepada pemain apik kiri Skuad congkak negara iaitu Tuan  Alif Tuan Mansor  kerana mampu memberikan jumlah mata yang memberangsangkan walaupun diberi saingan sengit oleh pemain Zimbaqwie dengan menawarkan harga tinggi. Kecekapan beliau mengira keuntungan melebihi status kewangan antarabangsa membolehkan para pemain negara berada dalam mutu permainan yang kosisten serta dalam semangat berpasukan sehingga ke masa tambahan.

Pengerus Pasukan pula berpendapat bahawa, tahap kecederaan bahu  beberapa pemain utama  tidak mampu untuk menyuntik pusingan modal pada kiraan sebelah petang. Secara puratanya beliau berpuas hati bahawa -
Saham Rugi mengatasi untung telah berjaya dihasilkan oleh para pemain  dengan 30 berbalas 27, sementara 12 kaunter pemain tidak berubah serta 29 pemain berjaya digantung lima perlawanan.



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner