Jika anda minat apa jua jenis sukan, pasti anda tidak hadapi masalah untuk kenal pemain-pemain yang kami senaraikan ini..Mana yang tak minat sukan perlu buat kajian sendiri dibawah meja makan untuk kenal mereka-mereka yang tersenarai dibawah..

-JAMES HAMILTON kalah dalam acara Marathon yang disertainya kerana dia lebih hebat dalam acara F1 saje..

- JENSON BUTTON dilempang oleh juruletihnya kerana mengakibatkan pasukan 4x4nya kalah dalam saringan ujian kelayakan kerana jatuhkan BATON.

- FELIPE MASSA gagal dalam ujian MASA kelayakan dalam pertandingan menunggang lembu jantan.

-RUBEN BARRICHELLO terpaksa pergi ke kedai Runcit Ah Tong semula kerana beli gula tak cukup KILO yang dipesan emaknya.

-NICOLAS ANELKA telah tertinggal satu pusingan larian silih berganti kerana TERLEKA melihat seluar sukan yang dipakai oleh peserta dari AFRIKA..

- Kepala pemain bola sepak Kelab Turki RODRIGO TELLO telah menjadi TELO akibat dibaling dengan botol kicap oleh peminat.

- ASAFA POWELL telah kehilangan TOWEL kesayangannya sewaktu mandi di Desaru petang kelmarin

- Sebelum menjadi pemain bola tahap dunia, WILLIAM GALLAS selalu dilihat mengGALAS beg berisi kicap cap tiga ayam untuk dijual dikelab-kelab bola Inggeris.

-GEORGIOS SAMARAS didakwa mahu menyaman Batistuta kerana dikatakan wajah mereka SAMA.

- " U dari mana ? Tanya Pak Hamid pada MICHAEL UMANA sewaktu pemain itu berkunjung kerumahnya.

-DAVID VILLA telah membeli VILA ditengah-tengah lautan Pasifik dengan harga 1.5 meter padu air.

- PODOLSKI rupanya tidak tahu bermain SKI hanya lebih pandai main bola sepak.
1 comments:
hehehe...suke2x
Catat Ulasan