[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: TIPS BALIK RAYA untuk diabaikan

Ahad, 13 September 2009

TIPS BALIK RAYA untuk diabaikan

Bangun tidur-bangun tidur, Eh!! dah nak raya.. cepat sekarang ni masa berlalu..Bagi yang merantau inilah masa nak balik kampung, manakala yang dikampung inilah masanya nak ke bandar.. tak kiralah walau kemana destinasi anda, ikutilah tips-tips balik raya yang boleh anda abaikan serta tak boleh diamalkan ..

1. Pastikan kenderaan anda dalam keadaaan selamat, tak kiralah kenderaan yang anda guna itu apa jenis sekalipun, jika kenderaan sendiri walaupun masih hutang bertimbun dengan bank, periksa keadaan warna kereta, jika malap, sila hantar Dobi untuk dicuci, bagi sporkrim kroom pula ambil cuti bergaji sehari untuk mengilatkannya semula, ketatkan mana-mana bahagian spoiler agar tidak tertinggal dibelakang nanti semasa anda memecut, kalau tayar sudah tidak berbunga, buat ukiran sendiri (Guna Pisau Gilette) bentuk bunga untuk mengurangkan keselamatan anda, sekiranya ada bahagian bumbung yang bocor atau mudah dimasuki air, terutamanya kenderaan Peruton, sila sediakan payung didalam kereta anda, kalau ada Kanvas kawin boleh letak sementara..
Jika anda menggunakan kenderaan hak milik orang, yang lebih tepat lagi naik pengangkutan awam seperti Kapal terbang, Keretapi mahupun bas dan teksi, tanya pemandu seperti contoh BAS Express,samada bas itu sudah diservis dengan secukup rasa atau belum, pastikan warna bas seperti keadaan cat, sticker semua dalam keadaan memuaskan tidak kelabu serta gelap mata. Anda periksa tahap kesihatan pemandu, pastikan beliau sentiasa dalam keadaan cargas dan tangkas, pastikan juga pemandu itu mendapat gaji yang cukup dari majikan, sekiranya majikan degil, suruh majikan itu ajer bawak bas. Akhir sekali pastikan Butt penumpang dalam keadaan baik untuk memudahkan anda memindahkan barang rumah seperti set tv,mesin basuh dan lainnya, Untuk jimat ruang,simpan pakaian anda dalam peti ais atau mesin basuh yang anda mahu bawa bersama.  Jika semua perkara di atas tidak memuaskan anda dinasihatkan beralih ke kenderaan lain untuk percutian beraya..
2. Keadaan minyak.
Untuk menentukan kelancaran, pastikan bekalan minyak kenderaan anda daam keadaan selamat dan tidak mencurigakan, kalau tak cukup budjet, korek lah tabung anak anda buat modal sementara, ataupun bawalah segala jenis minyak seperti minyak urut,minyak masak, minyak attar untuk memastikan kenderaan anda cukup bekalan minyak.
3. Panduan untuk berpuasa.
Jika anda berpuasa semasa balik kampung dan anda menghadapi situasi begini seperti tiba-tiba anda MAKAN jalan.. mahupun makan penampar dek isteri, tak perlulah risau kerana puasa anda tidak BATAL, jadi teruskan puasa anda sehingga sampai waktu berbuka.
4. Gunakan Google map.
Sila gunakan peta yang disediakan oleh Internet seperti dalam google map bagi yang dah lebih 10 tahun tak balik kampung ataupun yang sudah lupa "jalan pulang"..Buat pemeriksaan peribadi dijalan-jalan yang anda hendak lalui agar tidak berlaku kejadian tanah runtuh, tanah jerlus, ataupun jauh dari kawasan panahan petir, ialah anda dah lama tak balik kampung kan, kenalah berjaga-jaga juga mana tau emak anda dah "sumpah" anda..
5. Beritahu jiran dan rakan tauladan.
Sila buat laporan tentang percutian anda kepada jiran dan penduduk setempat jika rajin, supaya mereka dapat "Kaurintem " rumah anda. Jika anda pulang beraya setakat 2 hari, anda boleh jemput kengkawan anda yang jauh dan dekat mengatakan rumah anda ada kenduri pada tarikh tersebut, ini pastilah menyebabkan rumah anda selamat cuma anda ajer yang sudah tidak selamat.
6. Bagi yang jarak perjalanan jauh, kami ada tip tambahan  untuk anda yang boleh dikongsi bersama kenderaan anda.
A)  Jimat minyak
- Isi minyak selepas subuh, pastikan pekerja di stesen minyak dalam keadaan letih dan mengantuk, mana tahu rezeki...
- Jika anda mahu tuang minyak RM20, katakan "penuh" pada kerani kaunter dan anda isilah sendiri RM19..maka anda dah jimat seringgit bukan..he..he..he..
- Rancang perjalanan awal seperti jika mahu sampai Isnin, hari Sabtu anda dah mula bertolak kerana anda akan memandu 50/40KMJ sahaja sehingga sampai ketempat hendak dituju.
- Jangan menggunakan penghawa dingin, digalakkan bawak kipas rumah dan letakkan ditepi tingkap agar anda dapat pusingan kipas percuma..
- Kurangkan beban berat kenderaan, ini dapat menjimatkan minyak sehingga 30 % sekiranya anda menggunakan tips ini,,cuma masalah nya sanggup dan beranikah anda meninggalkan isteri anda yang beratnya lebih kurang sama dengan sebiji kete kancil..?.
B)  Jimat Tol
Sebenarnya untuk jimat Tol ini tiada kaedah lain yang boleh digunakan, cuma melalui beberapa kaedah ini saja.
- Gunakan jalan lama yang tidak bertol, ataupun jika kenderaan anda 4X4 bolehlah gunakan jalan-jalan ditepi lebuhraya untuk sampai ke destinasi anda..
- Jangan undi UBN dalam pilihanraya nanti..
7. Jimat persiapan raya.
- Gunakan baju nikah untuk dipakai pada hari raya nanti bagi yang dah berkeluarga.
- Tak perlu beli dan buat kuih pada waktu  raya , rajin buat kunjugan hormat kerumah kengkawan dan sedara mara  semoga orang tak berpeluang kerumah anda, kemungkinan juga dalam kunjugan raya, anda akan dibekalkan dengan kuih muih, gunakan saja kuih tersebut untuk menjamu tetamu anda. 

Jumpa lagi tahun depan..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner