[Valid Atom 1.0] INSPIRASI JIWA KACAU: MANA LEBIH BERHARGA ??

Isnin, 7 Disember 2009

MANA LEBIH BERHARGA ??



  Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi  atau  lebih kenali sebagai Aji Kurin adalah salah seorang peneroka awal yang telah menerap di Felda Bawah Sedar hampir 20 tahun yang lampau. Aji Kurin juga adalah orang yang pertama membuka perniagaan runcit dikawasan Felda tersebut, malah perniagaannya telah berkembang dengan baik sehinggakan pendapatannya sebagai peneroka tidak terusik langsung setiap bulan dek kerana keuntungan hasil dari kedai runcitnya.

Dengan berbekalkan keuntungan hasil dari pernigaannya, beliau telah bercadang untuk membesarkan rumah peneroka yang didudukinya untuk ditukar jadi Banglo sekerat, almaklumlah kediamannya terletak diatas bukit, jadi jika buat banglo memang nampak menariklah sesaat. Upacara pecah tanah dan roboh merobohpun giat dijalankan.

Kebetulan pula, disaat rumah Aji kurin diubah suai, tetiba Proton telah mengeluarkan kereta yang pertama iaitu Proton Saga. Demi semangat Malaysia dan cintakan barangan buatan tempatan, Aji Kurin telah berjaya dan menjadi orang pertama di Felda Bawah Sedar  yang membeli Proton Saga, mengatasi pengurus Felda yang hanya pakai Honda Accord 1.6 . Maka setiap pagi,petang,malam berbanggalah Aji Kurin kerana Proton Saga dan dirinya menjadi pujaan ramai, malah lebih hebat lagi..banglonya hampir 20% siap..

Namun disatu pagi yang dingin, segala kegembiraan Aji Kurin telah bertukar menjadi Derita Sepanjang Hayat dek kerana kejadian ini..
"
Pagi malang itu, seperti biasa, selepas bangun tidur dan sebelum mandi, Aji Kurin terus mendapatkan kereta Proton Saganya yang terpaksa diletakkan di jalan depan  rumah beliau kerana urusan ubahsuai banglo beliau masih belum siap, lagipun bahaya kalau parking disitu..nanti kena hempap dek kayu naya..

Dengan hanya bertuala dan berbaju Pagoda, Aji Kurin memulakan proses basuh kereta kesayangannya kerana sekejab lagi beliau mahu ke Pekan untuk membeli barang-barang keperluan kedai runcitnya..Sambil basuh,beliau dengan ramah menangkat tangan kepada orang ramai yang lalu lalang depan rumahnya, maklumlah sejak ada Proton ni, Aji kurin terlebih peramah pula..Sudah siap dibahagian luar, masuk pula bahagian dalaman kereta...

Tiba-tiba, kereta Aji Kurin bergerak meluncur laju kebawah, maklumlah dari atas bukit..Aji Kurin apa lagi..dengan segala upaya bergerak sama mengawal stering keretanya..lagi lama, lagi laju..lagi laju..Aji Kurin pun laju sama bergerak seiring dengan keretanya..Mujurlah Aji Kurin sempat membelok pada selekoh didepan yang jalannya mengadap bukit..

" Fuh..selamat akhirnya.." Aji Kurin berkata sambil mengesat peluh dan cekak pinggang sambil membelek-belek keadaan Proton Saganya..

Makin lama keadaan dijalan makin sesak dengan orang yang lalu lalang, tetapi tidak seorang pun berhenti untuk bertanya pada Aji Kurin apa telah berlaku..Aji Kurin seperti biasa masih sudi mengangkat tanagan dan menghulurkan senyuman pada yang lalu didepannya...sehinggalah beliau terdengar suara isterinya dari rumahnya nun disana...

" Abang..cepat masuk kereta!! cepat masuk kereta!!! Jerit isterinya sambil mengangkat dan melambai-lambai tuala yang dipakainya......
- Semenjak itu Aji Kurin sering berpakaian seperti ini untuk kemana-mana..

  - JUMPA LAGI

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
Gifts for Grads
Advance Purchase 20% Off
nook-The Ultimate Gift for Mom
Your Electronic Warehouse - Save on select Bose® products
Pre-Order 'The Short Second Life of Bree Tanner : An Eclipse Novella'

DAFTAR ADSENCE MUDAH DAN CEPAT

PAYPAL TAWARAN TERBARU..cubak..cubak

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
New Barnes & Noble Membership Program!

SENI PERTUKANGAN WAJAH INSPIRASI

INSPIRASI TEAM

INSPIRASI SAMAN MENYAMAN

Powered by FeedBurner